Dulu Bujang Sekarang Double ~

19th July 2010
1:19pm

Sekian lama aku tidak menulis di dalam blog ini, macam2 berita yang ku ingin sampaikan di dalam blog kali ini. Macam2 perubahan yang terjadi ke atas diriku. Kali terakhir aku menulis di dalam blog status ku masih lagi bujang dan kini.... aku sudah berkahwin. Alhamdulillah aku bersyukur pada tuhan atas semua nya kerana berjaya melalui perjalanan yang telah dirancang selama 5 tahun yang lepas bersama yang tercinta dan di akhiri dengan gerbang perkahwinan. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang benar2 mencintai diri ku dan pernah sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi sebab perkahwinan yang lama nya gagal dan, itulah jodoh dan pertemuan bermula dari tahun 2003.

Mengimbas semula pada tahun 2003. Aku pada masa itu baru habis SPM dan bekerja di salah sebuah makanan segera di Kinta City, Ipoh. Dan ingin sambung belajar selepas keputusan SPM keluar. Nak masuk Universiti atau Politeknik xdpt, jadi aku tetap ingin sambung belajar dgn mendapat keputusan yg x seberapa agaknya. hihi. atau sbb pandai sgt sampai kan Universiti atau Politeknik takut amik aku. hikhik. Jadi, pada bulan June 2003, aku pun mendaftarkan diriku di Cosmopoint, Ipoh pada masa itu. Skrg dah jadi KLMU name kolej aku tu. Dan bermulalah hari aku sebagai pelajar dlm bidang Teknologi Maklumat. Aku ambik Diploma Teknologi Maklumat selama 2 tahun setengah. Woww.. Masa itu mmg sgt excited sbb rasa dah besar je kan. X ada lg uniform warna biru cair dan putih dipakai setiap hari. hehe.
Dan pada October 2003 seorang lelaki pada masa itu pun mendaftarkan dirinya ke cosmopoint untuk ambil Cos Diploma Teknologi Maklumat juga. Sama class dengan aku tapi batch lain2. Jadi, batch June & October akan digabungkan menjadi 1 class. Dan dari situlah pertemuan aku dengan sidia.. Pada permulaan nya aku sebagai seorang kawan class. Yelah kan, aku kesana untuk belajar. Itu tujuan utamaku dan bukan untuk menggatal or mengedix kerana pada masa itu, aku sedang dan masih berkawan dengan seseorang. Tetapi bukan tahap serius sebab aku xpernah pun keluar dating. Melalui handphone shj. Masa itu terlalu muda mungkin dan masih lg segan2 untuk hang out dating2. Dan, bermula lah episod kami sepanjang tahun 2004..

Kami bermula berkawan dan mengenali hati budi masing2.. mula2 segan jugak kan. bertukar2 no telephone dan bertukar2 pendapat. Sejak pertengahan tahun 2004 kami mula menjadi rapat tapi masih berkawan je. Mungkin pada waktu itu dia suka personaliti ku yang agak berperangai gila2, suka buat orang disekelilingku tertawa dengan kerenahku, tidak terlalu menonjolkan diri dalam kalangan yang popular di kolej dan yang paling penting, aku menjadi diri aku sendiri. (masuk bakul angkat sendiri kot, hahaha). Dan pada masa yang sama mungkin, ada kawan2 seangkatan ku yang mungkin ingin tackle aku (rase2 kot ade)tapi, aku mcm bolayan shj sbb berbalik pd tujuan aku pd masa itu, belajar yang penting. mmg itu cita2 ku. belajar dan belajar. (poyo je kan) hihi. dan sidia pada waktu itu dlm kalangan kawan2 jugak semakin kerap menghubungi ku pada waktu malam. Menemani ku dikala aku menghadapi masalah keluarga dan kekasih pada waktu itu. Dan sidia terus menasihati & terus menjadi pendengar yang setia atas segala2nya.. sehinggalah ke saat aku jatuh hati padanya. tp, aku mahu tggu dia yang propose untuk menjalin hubungan yg lebih serius. hehee... Eh, terlupa pula, sbnrnye, aku dah break (aku couple ke) dgn budak yg aku story mula2 td. hehe.. sbbnya adalah jeng3.. die main kayu ke berapa ntah dgn budak busuk mane. aku pun mase tu mau rase couple. apa itu couple? hikhik. sudah2, lupakan yg lepas. skrg cerita ttg sidia dan aku.

Aku pernah bercerita ttg ferevet aku pd sidia dan pada masa yang sama, waktu Merdeka Day.. aku xdapat keluar join kawan2 di padang ipoh celebrate Merdeka Day dan aku sbb aku mmg dr dlu, kena dapatkan keizinan baba & mama sebelum keluar rumah. Dan yan pastinya mama mesti x bagi sbb dah malam kan. Tapi, nak dijadikan cerita, mama aku pada masa itu ada kursus dari jabatan nya dan kena pergi dalam 5 hari kot. Jadi, apa lg, aku pun ambil peluang untuk try ricky baba aku. nasib baiklah baba aku bagi aku keluar. Dan, sidia terus ambil aku dirumah dan pergi semula ke padang ipoh. Seronok n excited utk tgk bunga api feveret aku! hahaa.. Dan pada waktu yang sama, kawan2 aku dah asik kenen2kan sidia dengan aku. Dan berkumandanglah lagu Relaku Pujuk dr Spider masa itu. Maka, pada malam itu, aku dah rasakan mcm segan2 je dgn sidia.. walhal, aku dengan sidia hanyalah kawan. hihi. Dan kami meneruskan hubungan seperti biasa sehinggalah pada December 2004 dia try untuk masuk jarum. hehe.. itu lah katanya bila kami berbicara ttg dahulu.

Pada malam 2 minggu sebelum tahun baru.. Sidia seperti biasa akan menelefon aku setiap malam dan sembang berjam2 lamanya. Entah apa yang kami sembangkan seperti membicarakan masalah dunia. hikhik.. Dan pada satu ketika, sidia propose aku, "Ita, Sudi tak kau menjadi teman istimewa aku? aku dah jatuh hati dengan kau. " dan aku pada waktu itu tersentap dan buat2 xdengar dan menyuruh dia mengulangi ayat tersebut dan dengan pantas dia kata sekali itu shj dia mampu ucapkan. haha. Agak kelakar waktu itu aku rasakan sebab aku mmg suka mengusik dan bergurau dengan sidia. Dan dia terus menghubungi aku pada stiap tgh malam.. sehinggalah pada tanggal ke 29 December 2004, aku berkata "aku terima" atas persoalannya pada malam yang sidia cuba propose aku untuk menjadi seseorang yang istimewa di dalam taman hatinya. :)

Dan tarikh itulah menjadi tarikh permulaan cinta kami. Dan setelah mengikut apa yang dirancang, hubungan kami pun berakhir ke jinjang pelamin pada 11 June 2010 dan sekarang, aku happy bersama dengan sidia yg kini, suami ku. Andy Amin. "Bersyukur kehadrat ilahi kerana menemukan aku dengan suami ku. Sesungguhnya dugaan mu selama perhubungan kami adalah pengajaran yang terbaik aku pernah pelajari untuk dihari2 yang mendatang. Insya'allah.."

** Terima kasih sayang sebab awk memilih sy sebagai suri dihati awk walaupun awk pernah beritahu pd sy bahawasanya awk tidak mahu berkahwin lagi selepas perkahwinan awk yang lama gagal. Nak jugak awk kahwin dengan sy walaupun sy selalu merajuk, sentap, mengade2 dan kuat nangis dengan awk kan! Semua sbb sy cintakan awk! hehe..
i hope we can stay together as a loving husband n wife until our last breath.. AMIN.

** Dan kepada anak tiriku, ini jawapan kepada soalan smlm. Ibu menangis setiap kali ayah nk pergi jauh dari ibu sbb ibu akan merindui ayah setiap saat. Ibu x mahu berjauhan dengan ayah sbb ayah dah ambil hati ibu. Badan ibu aje dekat ipoh, tapi hati ibu jauh. Sebab itu ibu akan menangis stiap kali ayah jauh dr ibu.


Pics2 ni sume gambar kitorang. Please enjoy! (':








Doakan semoga perhubungan kami terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.
Sampai disini shj ya.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

No comments:

Post a Comment