Berdebu-debu blog saya, Nak sembang pasal TTC

Assalammualaikum wbt,

Berkepuk2 rasanya blog  saya ni. Sekian lama tak menulis dan mengikuti blog dan harini, 30hb October 2012 terasa nak menulis tetiba.
Mungkin tiada apa sangat yang perlu dituliskan tapi, keinginan nak menulis tu membuak tetiba lepas makan tengahari.


Actually, just nak share tentang kehidupan TTC yang rasanya dah masuk setahun lebih. Ada diantara kawan2 yang TTC berjaya hamil dan ada jugak yang masih sekapal dengan saya. Dan ada jugak yang buat masa ni nak berundur seketika dari TTC. Haaaa.. TTC ni sebenarnya, trying to conceive. Orang yang berusaha hamil, biasanya akan tahu maksud TTC ni. Hihi. Kalau tanya doktor pun, kebanyakkan doktor tak tahu apa makna TTC ni. So people out there, ramai sebenarnya yang TTC ni tau. Doakan kami yaaa.. Terima kasih.

Dan lagi 1, sekarang saya tergerak hati untuk makan FertilAid yang ramai jugak pengguna US yang TTC dah berjaya hamil dengan pil ni. Dan sebelum ni, doktor yang merawat saya pernah memberi saya 1 ubat ni. Selain EPO lah.. Itu macam biasa kena makan masa 1st day period hingga subur. Jadi, cerita tentang 1 ubat tu, ianya adalah metformin. Tak silap saya ianya ubat untuk pesakit PCOS dan untuk pesakit diabetis. Haaa.. Pesakit Diabetis? Saya xde sakit tu, cumanya doktor bagi ubat tu sebab masalah hormon. Tapiiii.. Ubat tu membuatkan saya pening, loya, pitam, x larat bila makan. So, stop n saya jual pada yang lebih memerlukann.. Sebabnya bila saya jumpa doktor pakar yang lain, katanya metformin ni ubat untuk pesakit yang ada diabetis. Trooot.. Trooot. Ubat tak sedap tu dah stop. So now nak try for fertilAid. Lumiglow?? Yeahhh.. Syukur alhamdulillah. Dulu period lama delay. Lepas dah pakai Lumiglow secara konsisten dan berterusan, period pun xde delay lama2 dah. Cuma, as usual, saya still ada masalah dengan hormon progesteron. Bak kata member TTC saya... Hihi. sebab suhu asas badan saya agak low je. Dan pemakanan yang saya perlu amalkan adalah sayur-sayuran hijau seperti brokoli atau berdaun dan tinggalkan yang putih. Dan elakkan laksa(luluh jantung, feveret tuuu), ikan keli (xde pun xpeee), gulai lemak putih (memang jarang makan) dan sayur berangin. Kena AVOID. Jadinya perlu di ingatkan selalu makanya tertulis lah di dalam blog saya ni. Lagi 1, timun dan kubis putih tu pun penyumbang keputihan yee.. Memang jarang dah makan tu rasanya. Dan bawah ni gambar FertilAid tu. Husband n wife kena makan. So, dah bagitahu husband n husband sendiri baca review. Dan dia pun setuju nak makan.. Alhamdulillah.



Alhamdulillah, lepas sapuan Lumiglow bagi period yang tak tetap macam saya, Lumiglow boleh bantu untuk tetapkan kembali seperti wanita yang normal.

Baru nak cuba 1st November 2012 nanti. Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kami suami isteri.


So, tunggu dan tunggulah hasilnya tak lama lagi ye. InsyaAllah, Allah swt sayangkan kita yang tak henti2 berusaha..
Bagi mama yang dah berjaya hamil selepas TTC, doakan kami pula ye. 

Ya Allah Ya Zaljala Liwal Ikram, Makbulkanlah semua hajatku dan redhaikanlah aku.... Aamiin.

-zrahos-
zrahos (^,^)y