CM - Cervical Mucus

Assalammualaikum wbt,

Hai semua silent reader ku..
Harini dah jadi 3-4 hari period turun lambat. Haaaa.. InsyaAllah adalah goodnewsnya!
Dan seperti biasa, nak paparkan gambar CM yang tengah dialami sekarang ni.

Simptom sekarang ni, loya tu xkira masa, kadang2 petang, kadang2 tengah malam. Bangun2 pagi pening kepala, sakit tekak n rasa nak demam. Suhu di awal2 pagi kejap2 36.7, 36.6.. Malam tadi memang tahap tak larat sangat sampai bertampal koyok dekat dahi ni. Nak ruku' masa solat pun rasa nak loya2. Tapi, dalam keadaan tak larat tu, boleh pulak rasa tahap lapar sangat. Cramp kat ari2 & sakit pinggang ni memang kerap terjadi even bukan setiap masa. Dan bila tekan2 sikit dekat ari2 cam mengeras je. N cecair di "V" pun cam sentiasa basah je. Cuma bukan keputihan. Dia basah air dan bukan basah dengan keputihan dan bukan jugak dengan EW. Masa OPK +ve 2-3 minggu lepas memang ada EW & siap cramp di ari2. Dan a few days since lastweek ade je CM kuar. Even bukan setiap hari dia nk keluar. Perut pulak rasa macam penuh dengan angin. Kembung pun yer, dan selalulah membuang. Dan sejak hujung bulan Disember 2011, saya dah kena sembelit iaitu penyakit susah nak membuang. 3-4 hari sekali baru keluar. Sebab rasa nak membuang pun takde.

Cervical Mucus - 17/01/2012

Setakat ini. Sekian dannn terima kasihh sebab mengambil berat.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y