CM - Cervical Mucus

Assalammualaikum wbt,

Hai semua silent reader ku..
Harini dah jadi 3-4 hari period turun lambat. Haaaa.. InsyaAllah adalah goodnewsnya!
Dan seperti biasa, nak paparkan gambar CM yang tengah dialami sekarang ni.

Simptom sekarang ni, loya tu xkira masa, kadang2 petang, kadang2 tengah malam. Bangun2 pagi pening kepala, sakit tekak n rasa nak demam. Suhu di awal2 pagi kejap2 36.7, 36.6.. Malam tadi memang tahap tak larat sangat sampai bertampal koyok dekat dahi ni. Nak ruku' masa solat pun rasa nak loya2. Tapi, dalam keadaan tak larat tu, boleh pulak rasa tahap lapar sangat. Cramp kat ari2 & sakit pinggang ni memang kerap terjadi even bukan setiap masa. Dan bila tekan2 sikit dekat ari2 cam mengeras je. N cecair di "V" pun cam sentiasa basah je. Cuma bukan keputihan. Dia basah air dan bukan basah dengan keputihan dan bukan jugak dengan EW. Masa OPK +ve 2-3 minggu lepas memang ada EW & siap cramp di ari2. Dan a few days since lastweek ade je CM kuar. Even bukan setiap hari dia nk keluar. Perut pulak rasa macam penuh dengan angin. Kembung pun yer, dan selalulah membuang. Dan sejak hujung bulan Disember 2011, saya dah kena sembelit iaitu penyakit susah nak membuang. 3-4 hari sekali baru keluar. Sebab rasa nak membuang pun takde.

Cervical Mucus - 17/01/2012

Setakat ini. Sekian dannn terima kasihh sebab mengambil berat.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

Sensitif.

Assalammualaikum wbt,

Hai semua silent reader ku..
Sepanjang period saya kali ini, saya berjiwa amatlah sensitif. Pantang mendengar atau melihat sesuatu yang boleh membuatkan jiwa saya tersentuh. Mula la mengalir air mata. Selalunya boleh ditahan sebak, tapi mungkin hormon saya kali ni melampau mengada-ngada bila tanda2 hamil hampir 2 minggu yang saya rasakan sebelum ini hasilnya menghampakan. Mungkinlah kan.. =')

Dan dikala waktu sensitif saya, saya akan mencari kata-kata yang terbaik(en google) dan re-do semula. Saya menggunakan ayat yang sedia ada dan membuatnya yang baru. Maknanya sepanjang pembuatan quotes ni, bolehlah saya melupakan seketika kesedihan tu kan.

Dan kata-kata untuk hari ini adalah.......



Selalunya permulaan itu pahit dan akan menjadi sangat manis di penghujungnya. Seperti buah durian. Kulitnya bila digigit, sedap tak? Tak sedapkan? Dan selepas dibuka baru kita dapat merasa kemanisan isinya. Seperti usaha kita membuka buah durian, seperti itu juga usaha kita untuk segala-galanya dalam kehidupan.. Jangan berputus asa untuk mendapatkan hasilnya yang terbaik..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah SWT hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati... Pasti ada pelangi yang menanti...


zrahos (^,^)y

Quotes for tonight ~

Assalammualaikum wbt,

This is my quotes for today. From now on, kena buat sumthing like DIY quotes macam ni untuk meluahkan perasaan. Atleast, xde dah terfikir macam2. hihi. Tipu saya katakan tidak langsung berasa hampa atas segala ketentuanNya. Syukur alhamdulillah suami saya masih boleh menerima kekurangan saya(actually bukan kekurangan kerana rezeki belum sampai pada kami ber2). Dan kami masih berusaha dan tak akan pernah kenal erti putus asa. Dan dalam keadaan sekarang, memang saya menitiskan air mata.. Tapi, bukan nya sesuatu yang buruk terjadi pun sebenarnya. Jadi, saya terpaksa berlakon gembira sangat untuk sesuatu yang saya harus sembunyikan.. =')


Oh, ok.. cha meng cun is my nickname dalam dunia web. Ramai jugak member dari cyber mengenali saya dengan nama cha meng cun. Hihi.

So, setakat ini sahaja luahan saya pada malam ini. =')



zrahos (^,^)y

I'm Happy.

Assalammualaikum wbt,

Setelah hampir 2 minggu saya tertanya-tanya dengan keputusan kehamilan.
Ohhh.. keputusannya adalah sekarang saya PERIOD!!! auuuuwww.. nak tau kenapa saya happy dan x bersedih langsung? Keranaaa buat apa nak bersedih jika kita period?? Bila period turun maksudnya apa yaaa.........?? Maksudnya boleh la start cycle balik kan! yayy!!.. InsyaAllah boleh ovulate kembali dan berusaha kembali.. Tuhan menguji hambaNya kerana tuhan mahu kita sebagai hambanya sentiasa berdoa kepadaNya dan tidak lupa kepadaNya untuk memohon segala hajat yang kita mahukan.. betul x?

Ok, pasal 1st scan yang nampak kantung tu, gynae yg saya pergi tadi tiada reason kerana ianya bukan dari dia dan dia hanya mengatakan jika ianya bukan dari doktor yang bukan dari pakar sakit puan, makanya dia kurang pasti dengan resultnya. Jadi, dipendekkan cerita, jika kita sakit gigi, dan pergi ke clinic biasa dan doktor mengatakan bengkak sebab nak demam walhal memang gigi yang bermasalah. Dan sepatutnya kena pergi ke clinic pergigian kan? Begitu juga lah terjadinya kepada saya.. hihi.

Tapi, tadi saya sangat bersedih sebab masih tertanya-tanya apakah darah yang turun dari miss V. Dan sekarang xde lagi tertanya-tanya lagi.

So, terima kasih banyak-banyak buat kepada semua silent reader dan semua yang pernah support saya. Alhamdulillah semua dipermudahkan.. =')


zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Berkongsi itu ♥

Assalammualaikum wbt,

Allah SWT menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah SWT hendak tambah keimanan kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

RINTIHAN

Ketika Allah SWT rindu pada hambaNya, Allah SWT akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah SWT berfirman:

“Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:


"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya."



zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y