Si Kecil Yang Ketakutan Dan Yatim Piatu. (anak kucing jantan)

21th February 2011
10:00 pm

Pada tarikh keramat ini, dalam perjalanan nak balik ke rumah dari ofis dalam pukul 6.oo ptg, saya ternampak seekor anak kucing yang tergapai-gapai mencari peluang untuk berlari dari ketakutan di tengah-tengah jalanraya Jalan Kuala Kangsar di arah berlawan dari arah tujuan saya. Orang yang tahu keadaan Jalan Kuala Kangsar waktu pulang kerja mesti lebih tahu keadaan jalan raya tu masa tu. Yang menakutkan bila saya ternampak anak kucing tersebut hampir dilanggar oleh sebuah lori yang membawa tayar. Tapi dalam fikiran ni, macam-macam yang melintas. Dan ketika itu lampu traffic masih berwarna merah dan banyak kereta masih beratur menunggu turn untuk bergerak. Disebabkan kesempatan itulah saya memberanikan diri untuk keluar dari kereta. Hanya tuhan yang tahu perasaan saya pada masa itu. Saya hanya mampu melihat padanya sekali sahaja dan tiba-tiba timbul keberanian pada diri saya untuk keluar dari kereta saya dan melambai-lambai ke arah kereta untuk memberi arahan kereta-kereta yang sedang laju bergerak untuk memberhentikan kereta dan terus ambil anak kucing tu. Dia menggigil dan berdarah di mulut. Si kecil yang sedang dalam keadaan mulutnya luka dan berdarah. Saya terus bawanya masuk ke dalam kereta dan letakkannya di bahagian belakang dalam kereta dan secara tiba-tiba juga saya terus menitiskan airmata ketakutan dan mendoakan semoga anak kucing tu dapat teruskan hidupnya. Dan saya mula berfikir, mampukah si kecil itu bertahan. Dalam tangisan saya berdoa, semoga umurnya panjang dan semoga saya dapat menjaga dia dengan baik. Dan adakah suami dan mertua memberi kebenaran untuk menjaga dan membelanya. Dan sesudah sampai dirumah, saya menangis teresak-esak memanggil suami dari luar rumah dan suami saya terkejut dengan keadaan saya pada masa itu. Si anak kucing masih di dalam kereta dan marah-marah jika dipegang. Maka terpaksa jugak ambil untuk lihat keadaan dia dan… hampa, luka yg berdarah itu adalah dari rahangnya di bibir bawahnya. Kulit dibawah rahangnya dah jatuh akibat kejadian di Jalan Kuala Kangsar petang tadi. Kesiannya si anak kucing yang lonely tu. Dan sepantas kilat juga saya mengajak suami untuk pergi ke vet yang terdekat dan setelah diperiksa, jahitan tidak boleh dilakukan kerana kulit tersebut tidak boleh dijahitkan dengan tulang rahang. Kesiannya si kecil yang sedang sakit ni. Dan dia masih dalam ketakutan. Doktor memberikan ubat tahan sakit. Dan setelah pulang, aku memberikannya susu melalui picagari dan masukkan di dalam kotak setelah diberi kebenaran oleh mertua untuk menjaganya. Mungkin dia sudah tidur kini tetapi, dia masih dalam keadaan luka dan kesakitan dan tentunya kesunyian tanpa ibu. Kalau mengikutkan saiz badan dia seperti anak kucing yang berumur 2-4 bulan dan sangat debab dan kotor. Mahu bersihkan dia tetapi, keadaan luka di bahagian mulut dia membuatkan saya tidak berani kerana lukanya akan bertambah teruk jika terkena sabun atau air yang berlebihan.

Saya namakan si kecil itu, Baby sempena kecomelan dan kegemukkan dia. Dan mendoakan semoga dia dapat meneruskan kehidupannya sebagai anak kucing jantan yg kecil dan kuat untuk menempuh kesakitan yang dialaminya kini. Baby Boleh!!!

=')


baby sudah semakin selesa dengan kawasannya.


zrahos (^,^)y

Sebak, Pilu . . .

19th February 2011
07:
45 pm


img : Gambar kami suami isteri ketika berbulan madu utk kali ke-2.

Salam semua, syukur kehadrat ilahi aku masih dapat menghirup udara segar di muka bumi mu ini Ya Allah SWT. Sebak ku rasakan sejak beberapa hari ini sehingga kini aku rasakan begitu.

Terlalu mudah aku mengalirkan air mata. Dan petang tadi, bunyi siulan angin dari tingkap kamarku.
Dan bunyi itu juga membuatkan aku sebak sangat. Tak tahulah kenapa aku terlalu berjiwa sentimental sejak beberapa hari ini.

Mungkin juga keinginanku untuk menimang cahaya mata terlalu tinggi sehinggakan semasa aku tunduk menyembah bumi dan berdoa kepadamu, aku menitiskan air mata sebak. "Ya Allah SWT, permudahkan segala urusan aku dan suami ku dan berikanlah petunjuk yang telah engkau takdirkan kepada hambamu ini Ya Allah SWT".

Kini, pelbagai rasa yang ada dalam perasaan ku. Ya Allah SWT, tenangkanlah jiwa hambamu ini. Pemikirannya terlalu macam-macam mungkin.

Sekianlah, bila dah baca, doakan sama2 kesejahteraan kami ya.

TQ


zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

honeymoon?

8th Disember 2010
12:
08 pm

Dah lamanya aku rasakan tidak menjenguk ke blog ni. Dah berhabuk pun. :')

Sebenarnya, nak share lah sikit serba serbi sempena x update blog ni.
AKu baru pulang dr vacation/ honeymoon bersama suami dan mertua aku skali.
menumpang rumah


zrahos (^,^)y