Hasil Pemeriksaan Kehamilan.

Assalammualaikum wbt,

Semalam pada 22/3/2011 sy bersama suami ke pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan sy yg tiba-tiba mengeluarkan cecair keputihan yg berwarna kuning cair dan brownish sejak 21/3/2011. Diikutkan period sy dah lewat selama 24hari pada semalam dan hasil dari pemeriksaan scan di perut dan melalui bahagian kemaluan. Keputusannya adalah -ve pregnant. Perasaan hampa, sedih dan kecewa terpancar pd raut wajah suami sy dan sy hanya mampu berserah kepadaNya..

Sy keliru dengan badan sy sendiri kerana UPT sy lakukan telah berulangkali menunjukkan sy +ve pregnant. Dan semasa scan dilakukan, doktor juga mengambil kesempatan untuk scan telur2 saya dan kebanyakkan telur2 sy dah bersedia untuk disenyawakan.
Kuasa tuhan, sy masih belum period dan menunjukkan keadaan telur2 sy yg bersedia untuk disenyawakan. Banyak nasihat yang berkata untuk sy berusaha sekali lagi kerana keadaan telur2 sy waktu ini.

Dan sy sangat terharu atas semangat2 yg suami xputus2 mencuba utk kuatkan perasaan sy ketika ini. Termasuk kawan2 dari RH dan FB.
Terima kasih banyak2 atas usaha anda untuk memberi sy semangat kembali.
Dan mungkin juga simptom2 yg sy dapat sebelum ini adalah disebabkan cecair di otak dah set bahawa sy hamil tetapi realitinya tidak hamil.

Dan kerana ini, sy harus berusaha lebih kuat lagi dan harus selalu berfikiran +ve. (mmg sy slalu berfikiran +ve) =)

Sekian, bila dah baca, doakan sama2 kesejahteraan kami suami isteri dan soon, baby dalam kandungan, Insya-ALLAH.

Terima kasih.

zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y

Tanda tanda awal Kehamilan

Assalammualaikum wbt,

Mari kita sama-sama tandakan sama ada tanda-tanda ini ada kena mengena dengan diri kita sekarang. (perempuan aje tau) kalau lelaki ada tanda-tanda ni, better checkup ASAP. hihi.

1. Rasa lapar yang berpanjangan (Dah ada)

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awalkehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya iaberlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untukmembilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara (Tettt)

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudahbeberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkanoleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan ataudisebabkan kandungan yang terdahulu. pun

3. Kerap membuang air kecil (Dah ada)

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mulamenekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya (Dah ada)

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masaawal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dantidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada (Tett)

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit padasentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada andasebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari (Ada)

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah (Setiap kali gosok gigi)

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan (Memang slalu panas)

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period (Dah lewat 22 hari)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif (Ujian samar)

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... Tahniah!! =)

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

saya SENTAP

Assalammualaikum wbt,

Kembali menerangi blog dengan update yg terbaru.
Oh tuhan, tabahkanlah hati hambamu ini yang sedang resah menanti keputusan kehamilannya dan kuatkanlah hatinya untuk berdepan dengan pertanyaan-pertanyaan seperti aku ini seorang yang sangat kuat berimaginasi..
Hampa kurasakan malam ini apabila suami ku bertanya berkenaan peratusan kehamilanku.. Dan adakah kehamilan ini benar atau tiada..??? Hanya tuhan yang tentukan semua nya..

Isteri : Syg, mcm ni lah keadaan perut sy masa scan haritu.. nampak x warna hitam ni? ini lah kantung, embrio sepatutnya kalau preggie, ade lah timbul area dlm lingkaran hitam tu. tapi haritu tak ada kan? mungkin terlalu awal untuk nampak rasanya.
Suami : Sy tak nampak pun haritu. Betul ke yg awk nampak atau imaginasi awk berkehendakkan anak sangat sampai awk nampak lingkaran gelap tu.
Isteri : Ye lah, ini yg sy nampak. Ingat sy ni saja-saja mereka cerita? Itu yg sy nampak. lingkaran gelap sebesar buah plum.
Suami : Tapi, kenapa doktor tak cakap apa-apa pun pd saya. Doktor cakap tak nampak apa-apa lagi.
Isteri : (berkecil hati & sebak).
Suami : ....... bukan mcm tu... ..... .........
Isteri : tak apa lah.. tak apa.. ok ok..

Terdetik di dalam hati, mengapa suami seperti tidak menyokong keadaan sy yg excited mahukan anak kami bersama. Sy tahu dia tidak mahu tgk sy hampa dan kecewa di kemudian hari dengan keputusan doktor nnt.

Ya ALLAH, tabahkanlah hati hambamu ini.... Amin.

zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Dup Dap Dup Dap.. Debaran kian terasa..

Assalamualaikum wbt,

Sy kembali bersama update news story pada hari ini.
Sebenarnya, kalau ikut kiraaan period sy dah 18 hari lewatnya.
Dan disebabkan was-was sy tu lah sy pun membuat UPT test.
Sebenarnya, since 09/03/11 sy dah merasakan kelainan tersebut seperti nk demam tapi, seperti demam yg tak lepas.
Dan pada awal2 pagi 09/03/11, bgn shj dari tidur terus ambil UPT test n membuat test.
Hasilnya pada mulanya -ve dan bila di tenung lama2 mmg nampak 2 line. Yg membezakan line tersebut adalah 1 line yg agak terang warnanya dan 1 line lagi agak samar2.

Ini hasil UPT pada 09/03/2011 :

click pada gambar untuk lihat lebih jelas

Dan sy menunggu lagi hasilnya sehingga sy benar2 pasti dengan persoalan sy bersama suami. Suami mendoakan yg terbaik dan pesan banyak kali kepada sy supaya tidak terlalu mengharap kerana nnt risau kecewa. Dan dia adalah penyokong no 1 sy.
Dan sy masih lagi musykil dengan keputusan ujian itu dan pada 14/03/2011, sy mengajak suami berjumpa dengan Doktor Pakar. Sy menceritakan masalah saya dan berikannya hasil UPT sy pada 09/03/2011. Dan hasil dari scan tiada apa-apa. Oh, sy agak kecewa disitu dan Doktor Pakar suruh melakukan UPT disitu jgak. Dan pada mulanya, UPT pertama tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda +ve. Dan membuat UPT yang kedua dan hasilnya dalam 1-2 minit, timbullah 2 line yg agak jelas cuma 1 line yg samar tu dah nampak sikit dari sebelum ini. (gambar seperti dibawah) Masa tu, agak suspen jugak kan. Mungkin terlalu awal untuk melakukan pemeriksaan kehamilan.

Dan pesan Doktor Pakar, selagi masih belum period sehingga 2 minggu ini, jadi dia suruh datang kembali untuk scan kembali dan teruskan makan folic asid.

Dan ini hasil UPT pada 14/03/2011 :

click pada gambar untuk lihat lebih jelas

Sekian, bila dah baca, doakan sama2 kesejahteraan kami suami isteri dan soon, baby dalam kandungan, Insya-ALLAH.

Terima kasih.


zrahos (^,^)y




zrahos (^,^)y