Sensitif.

Assalammualaikum wbt,

Hai semua silent reader ku..
Sepanjang period saya kali ini, saya berjiwa amatlah sensitif. Pantang mendengar atau melihat sesuatu yang boleh membuatkan jiwa saya tersentuh. Mula la mengalir air mata. Selalunya boleh ditahan sebak, tapi mungkin hormon saya kali ni melampau mengada-ngada bila tanda2 hamil hampir 2 minggu yang saya rasakan sebelum ini hasilnya menghampakan. Mungkinlah kan.. =')

Dan dikala waktu sensitif saya, saya akan mencari kata-kata yang terbaik(en google) dan re-do semula. Saya menggunakan ayat yang sedia ada dan membuatnya yang baru. Maknanya sepanjang pembuatan quotes ni, bolehlah saya melupakan seketika kesedihan tu kan.

Dan kata-kata untuk hari ini adalah.......



Selalunya permulaan itu pahit dan akan menjadi sangat manis di penghujungnya. Seperti buah durian. Kulitnya bila digigit, sedap tak? Tak sedapkan? Dan selepas dibuka baru kita dapat merasa kemanisan isinya. Seperti usaha kita membuka buah durian, seperti itu juga usaha kita untuk segala-galanya dalam kehidupan.. Jangan berputus asa untuk mendapatkan hasilnya yang terbaik..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah SWT hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati... Pasti ada pelangi yang menanti...


zrahos (^,^)y

Quotes for tonight ~

Assalammualaikum wbt,

This is my quotes for today. From now on, kena buat sumthing like DIY quotes macam ni untuk meluahkan perasaan. Atleast, xde dah terfikir macam2. hihi. Tipu saya katakan tidak langsung berasa hampa atas segala ketentuanNya. Syukur alhamdulillah suami saya masih boleh menerima kekurangan saya(actually bukan kekurangan kerana rezeki belum sampai pada kami ber2). Dan kami masih berusaha dan tak akan pernah kenal erti putus asa. Dan dalam keadaan sekarang, memang saya menitiskan air mata.. Tapi, bukan nya sesuatu yang buruk terjadi pun sebenarnya. Jadi, saya terpaksa berlakon gembira sangat untuk sesuatu yang saya harus sembunyikan.. =')


Oh, ok.. cha meng cun is my nickname dalam dunia web. Ramai jugak member dari cyber mengenali saya dengan nama cha meng cun. Hihi.

So, setakat ini sahaja luahan saya pada malam ini. =')



zrahos (^,^)y

I'm Happy.

Assalammualaikum wbt,

Setelah hampir 2 minggu saya tertanya-tanya dengan keputusan kehamilan.
Ohhh.. keputusannya adalah sekarang saya PERIOD!!! auuuuwww.. nak tau kenapa saya happy dan x bersedih langsung? Keranaaa buat apa nak bersedih jika kita period?? Bila period turun maksudnya apa yaaa.........?? Maksudnya boleh la start cycle balik kan! yayy!!.. InsyaAllah boleh ovulate kembali dan berusaha kembali.. Tuhan menguji hambaNya kerana tuhan mahu kita sebagai hambanya sentiasa berdoa kepadaNya dan tidak lupa kepadaNya untuk memohon segala hajat yang kita mahukan.. betul x?

Ok, pasal 1st scan yang nampak kantung tu, gynae yg saya pergi tadi tiada reason kerana ianya bukan dari dia dan dia hanya mengatakan jika ianya bukan dari doktor yang bukan dari pakar sakit puan, makanya dia kurang pasti dengan resultnya. Jadi, dipendekkan cerita, jika kita sakit gigi, dan pergi ke clinic biasa dan doktor mengatakan bengkak sebab nak demam walhal memang gigi yang bermasalah. Dan sepatutnya kena pergi ke clinic pergigian kan? Begitu juga lah terjadinya kepada saya.. hihi.

Tapi, tadi saya sangat bersedih sebab masih tertanya-tanya apakah darah yang turun dari miss V. Dan sekarang xde lagi tertanya-tanya lagi.

So, terima kasih banyak-banyak buat kepada semua silent reader dan semua yang pernah support saya. Alhamdulillah semua dipermudahkan.. =')


zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Berkongsi itu ♥

Assalammualaikum wbt,

Allah SWT menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah SWT hendak tambah keimanan kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

RINTIHAN

Ketika Allah SWT rindu pada hambaNya, Allah SWT akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah SWT berfirman:

“Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:


"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya."



zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Pregnancy Monitor

Assalammualaikum wbt,

Rupanya ada yang tidak berpuas hati dengan treat saya.
Ohhhh.. saya sudah katakan awal2 lagi. mohon ampun bagai..
Sekali, ada ura2 -ve pulak. Takpe2.. Saya bukan artis untuk dijadikan kontroversi.

So, sebenarnya dan sepatutnya saya menggunakan UPT adalah pada 23hb Oktober 2011.
Bukan diwaktu2 terdekat ini.
Jadi, saya akan mengikut kata FF dan disini adalah schduled nyaa...


Dan mengikut prenancy monitor ni sehingga ke harini, UPT boleh dibuat pada 23 Oktober 2011. Makanya, silalah memahami keadaan saya tanpa memberi tekanan kepada saya lagi ea.

Kalau saya salah, sila tegur. Dan jika ada iri hati, ubahlah diri anda ke arah +ve.. Kerana yang +ve akan bersama2 follow anda nanti. InsyaAllah.

Bukan janji tapi pasti nya pun, hadoi.

Setakat ini.

Sekian dannn terima kasihh sebab mengambil berat.

zrahos (^,^)y




zrahos (^,^)y

InsyaALLAH.. Tunggu lagi 2 minggu ya.

Assalammualaikum wbt,

Setiap hari memikirkan si kecilll...

Disini saya memohon keampunan jika pernah tersalah kata atau menyinggung kepada semua silent reader atau yang follow saya di Ratuhati, Facebook dan blogger.

Sebenarnya, saya nak beritahu, pada 11/10/2011 pagi-pagi lagi saya melakukan Ujian Urine di UPT saya lah kann.. Di rumah, pada awal2 pagi dan hasil pada mulanya adalah -VE. Dalam x perasaan, rupa-rupanya resultnya adalah +ve mungkin kerana double line yang naik dan 1 line lagi blur tapi, boleh lihat dengan jelas.


Dan pada harini juga saya susah hati dari awal pagi kerana keputusan yang benar rupanya adalah +VE. Keadaan dan situasi dalam hati yang tak menentu sekarang membuatkan saya murung. Menangis apabila sendirian dan kekuatan yang saya rasakan adalah little bean dalam tummy saya setiap masa. Keadaan murung ni membuatkan saya terus menghubungi gynae yang saya biasa pergi dan petang baru appointment nya.

Jadi, petangnya selepas pulang dari pejabat, suami penguat semangat saya yang sebenarnya menemani saya berjumpa dengan gynae dan setelah setengah jam, barulah turn saya. Dan semasa berjumpa dengan doktor, doktor bertanya kepada saya ;

Saya : Assalamualaikum wbt, doktor.
Doktor : Wa'alaikumussalam wbt.. Sila duduk. Ya, ada apa2 yang boleh saya bantu?
Saya : Macam ni doktor, saya dah lewat period. Tapi, lastweek saya dah scan pada hari Sabtu dan hasilnya, nampak kantung.
Doktor : Oh, boleh saya lihatnya? Bila hari pertama period awak yang terakhir?
Saya : Ni dia doktor. (sambil menghulurkan scan result bulan lepas). 1st day last period saya pada 4/9/2011
Doktor : Oh.. kejap ea. Kalau ikutkan kiraan saya, baru berusia 5 minggu dan masih terlalu awal untuk scan.
Saya : Oh, tak scan lah harini? Saya dah full bladder ni doktor.
Doktor : Ya Allah, kenapa macam tu? Tak apa, sekarang masih terlalu awal untuk saya scan. Dan jika saya scan, dah tentu akan sama seperti yang ini. Saya nampak kantung tapi, masih kecil.
Sebab itu saya katakan terlalu awal untuk lakukan scan. Jadi sekarang, awak jangan stress dan berfikiran secara +ve ye. Banyakkan mengaji dan kalau boleh, khatamkan al-quran dalam tempoh awak pregnant ni.
Saya : blood test doktor? doktor takmahu jalan kan blood test pada saya?
Doktor : Seperti yang saya kata, hormon awak masih rendah kerana masih awal. Kita tunggu lagi 2 minggu ya.
Saya : InsyaAllah doktor. =')

Nasiblah doktor tu baik dan bersabar dengan ketidaksabaran saya dan memahami perasaan saya yang murung tadi. Dipegangnya tangan saya, seperti mengetahui keadaan dalam hati saya. Dan berkata, tengok ni.. tangan awak sejuk sangat. Tak apa.. Fikir +ve ye. Insya'ALLAH benda2 +ve pun akan ikut sekali dengan awak. Sekarang, awak jangan buat kerja berat even angkat lesum batu, angkat bakul kain pun tak boleh. Sebab menurut awak punya UPT result, blur kan? Jadi, kena berhati2 dan berjaga dalam tempoh 3 bulan pertama ni.

Dan conclusion di sini sehingga ke 2 minggu lagi, dalam 70% adalah +ve pregnant.
Alhamdulillah. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaALLAH.
Sambil menaip, sambil menitiskan air mata kesyukuran. =')
Saya tahu Allah SWT sudah menentukan & menetapkan setiap hambaNya dengan rezeki masing-masing.

Jumpa di lain tread. Terima kasih semua dan marilah kita sama2 berdoa semoga segalanya dpermudahkan. Amin yarabbal'alamin.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

InsyaALLAH.. cuma masih belum pasti.

Assalammualaikum wbt,

Ini lah tread yang saya gembar gemburkan sebelum ni.
Masih belum confirm 100% dan saya terbuka hati untuk berkongsi di sini.
Seperti sekian kalinya, saya dan suami masih berusaha sebenarnya untuk mendapatkan zuriat kami bersama. Kahwin baru 1 tahun 4 bulan dan sentiasa mengikuti perkembangan kawan2 yang lebih lewat berkahwin dari saya dan sedang menunggu masa untuk bersalin dan ada juga yg dah nak masuk 2nd & 3rd trimester pregnancy. Gembira tengok mereka cepat dikurniakan rezeki.

Dan sebenarnya, harini saya tidak berapa sihat sejak pagi2 waktu bangun dari tidur dan pening kepala sangat2. Jadi, membuat keputusan untuk stay di rumah sahaja bersama suami.
Dan, loya2 + pening datang sekali pulak tu. Dan secara kebetulan jugak, adik saya di rumah mama call saya untuk datang ke rumah secepat mungkin kerana mama tak sihat sampai terbaring + muntah2. Dan secepat mungkin tu jugaklah saya lekas2 memberitahu suami dan sejurus kemudian kami pun sampai ke rumah mama. Kesian mama tak dapat bangun & bukak mata menahan sakit.. Sesudah sampai di Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan yang berdekatan dengan rumah mama, suami pun tunggu di ruang menunggu dan saya menemani mama di dalam bilik menunggu. Mama pun baring dan kami menunggu doktor pulang ke klinik dari rumahnya.
Dan bila doktor sampai, mama dululah yg doktor check sbbnya mama dlm keadaan kecemasan.
Keracunan makanan rupanya. Dah selesai mama, saya pula menyusuli doktor dan bila dah terangkan pada doktor bahawasanya saya sudah lewat period & dah buat UPT sebanyak 3 kali dan resultnya adalah -ve. Makanya, doktor pun suruh saya baring dan inilah hasilnyaa...

Nampak tak apa yang doktor, saya dan suami nampak??
Berusia 6W4D dan berukuran 23MM.

Dan selepas saya menangkap gambar dengan lebih jelas, inilah hasilnya..

Dan saya terus nampak kantung tuu. Nampak tak??
(xsangka masa ambil gambar ni ada cahaya bentuk LOVE sblah tu)

Dan doktor cakap, "Nampak kantungnya tetapi tidak nampak isi di dalamnya kerana terlalu awal mungkin. Setiap orang berbeza2 dan jangan pulak awak berharap sebab ada juga kes yang nampak isinya selepas 2-3 minggu lagi dan ada juga kes ada kantung tetapi akhirnya period juga. Tapi, apa yg saya nampak adalah awak +ve pregnant. So now, awak kena anggap yang awak sudah pregnant tapi, jangan beritahu orang lagi." Saya rasa nak melompat masa tu jugak. Tapi, upps, kena jaga diri.. Behave behave behave.. Cuma, UPT yang masih belum menunjukkan ke arah +ve dan asyik dengan -ve yang membuatkan saya asyik tertanya-tanya.

Dan disini pulak adalah jadual BBT yg saya dah buat since awal tahun 2011. Seronok jugak berBBT ni sebenarnya sbbnya, boleh mengira tempoh kita Ovulate & tempoh haid yg bakal menjelma. ditambah pulak dgn OPK lg lah senang untuk kita tau kita sudah ovulate atau belum.


Dan rupa-rupanya kali terakhir saya period adalah pada 4/9/2011. Sebenarnya masih terlalu awal jugak untuk pergi scan! Patutla nampak kantung je.. iskh22. Saya silap tengok hb rupanyaa.. Dan ini bermakna saya sudah pun terlewat period baru 6 hari. Memang lah kalau buat UPT sblm lewat saya dpt -ve. Gataiinyeee tgn ni pun. iskh22.. Sadis.. Kita tggu je lah cam tu.. hehe.
Ni dah tetibe scan n tetiba nampak kantung. Memang menambahkan lagi debaran lah gituu..

Tanda-tanda yang ada pada diri saya sekarang adalah pening kepala, loya diwaktu pagi, kuat kentut =p, angin banyak x terhingga sampai rasa sendawa banyak sangat, sakit pinggang, cramp perut dan suhu makin hari makin tinggi (harapan jangan turun2 dlm 8-9 bulan).

Dan ini yang membuatkan saya dan suami masih berdebar2 dengan keputusan di dalam perut saya sekarang kerana perlu menunggu lagi untuk beberapa minggu lagi.

Sebenarnya, dari pagi tadi saya loya2 dan pening kepala sampai suami banyak kali ulang, " saya rasa awak pregnant ni sayang."" saya rasa awak pregnant ni sayang."" saya rasa awak pregnant ni sayang."...... sayaa hanya menjawab amin..

Doakan yang terbaik buat kami ea.

xoxo~

zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

My 2nd OPK

Assalammualaikum wbt,

Taa daaaa.. Nak bercerita secara excited gebum2 ni.
Period saya last pada bulan puasa 18hb Ogos 2011.
Dan sehingga kini masih belum datang periodnya dan perasaan tu macam biasa sebab sebelum ni pun period datang lewat ikut2 suka dia.
Dan pada 1hb Oktober 2011, menggatal diwaktu petang dan buatlah OPK tu.
Sekali dia appear +velah.
Terharu sangat masa tu. Terus miang-miang keladi dengan suami. heee.. (18sx)

Dan disini saya nak berkongsi result yang membuat saya & suami teruja sangat.

Diambil pada 1bh Oktober 2011 pada pukul 6 petang.

Sekian dan lepas ni nak share something yang membuatkan saya dan suami lebih excited.

xoxo~

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

Selamat Hari Raya (belated actually)

Assalamualaikum wbt,

Selamat hari raya kepada semua reader2 yang sudi bertandang ke blog saya ni.
Sepuluh jari saya hulurkan keampunan dan kemaafan atas tak update blog ni.
Maklumlah, semakin hari, semakin sibuk dengan aktiviti harian.
Aktiviti harian tu faham2lah, kerja di pejabat & kerja di rumah.
Termasuk tanggungjawab menguruskan rumahtangga & keluarga belah suami dan belah saya.
Jadi, sekali lagi saya dan suami mengucapkan Selamat hari raya (belated) dan semoga semua sihat2 selalu.. Amin yarabbal'alamin..




zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y