Anak-anak Zaman Sekarang

8th Disember 2010
12:
08 pm

Kembali sekali lagi untuk update blog. Gembira dan bersyukur atas apa yang tuhan dah takdirkan untuk diri ku ini. Dikurniakan seorang suami dan anak.. Anak instant. Tapi, keletahnye. Memang selalu buat orang sakit hati dan pandai memujuk balik plak tu.. Tapi, itulah anak2 zaman kini. Sejak bermulanya cuti sekolah, aku tidak dapat melihat pelajaran anak ku itu sehingga kan minggu lepas. Bermulanya minggu lepas, setiap malam aku akan test minda anak aku tu dengan buatkan soalan matematik kepadanya. RM0.10 untuk 1 soalan kalau betul. Sampai mcm tu sekali aku nak beri semangat pd anak2 zaman sekarang. Not bad bila dah di ajar. Tetapi sangat bad if penyakit malas, cepat bosan, konon pening dia datang. Oh tuhanku, bukakanlah hati anak ini untuk belajar ilmu di dunia ini.. Amin.

Kelmarin malam adalah malam last aku mengajarnya kerana dia dah buat-buat pening kepala n aku terus give up nak mengajar. Sedangkan aku berusaha sorang2 untuk beri dia ilmu yang aku ada. Dan dia tiada inisiatif langsung untuk memajukan dirinya. Itulah anak-anak zaman sekarang. Kalau menghafal lagu, no 1. Seperti biasa, suamiku akan akan ckp, "sy dah agak akan jadi mcm ni sbb dia dari dulu buat apa pun cepat jemu."
Ikut perangai siapa pun aku tak tahu. Tolonglah anak ibu, buka hati, buka mata untuk belajar. Oh...

zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y

Favourite Song Today!

6th Disember 2010
12:12 pm





zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

Awal Muharram

6th Disember 2010
11:12 am

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.A
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y

Belum waktunya

19th November 2010
12:53PM

Masih ingat tentang "Menunggu Hari Bahagia"?

Aku terlalu memikirkan keinginan untuk mendapat cahaya mata mungkin. ermm.
Aku dah pergi berjumpa dengan pakar sakit puan, dan hasilnya.. Aku mmg tak hamil.
Apa yang terjadi adalah sebab hormon yang tak stabil akibat dari pemakanan yang aku ambil lgsung tidak ada khasiat. Aku perlu kurangkan makan bergoreng dan hentikan tabiat makan fastfood dan hentikan minum air yang bergas. Oh, itu adalah yg perlu aku korbankan untuk meneruskan kehidupan yang sihat disamping insan tersayang. BP aku 130/90. Agak tinggi untuk umur aku. Jadi, aku kena kurangkan pengambilan ajinamoto, garam dan gula. Nasi yang paling utama untuk aku tinggalkan. Ini adalah usaha aku ke arah kesuburan.

Harap apa yang aku usahakan kan sekarang ini akan membuahkan hasil. Amin..

++ banyaknye ubat aku kena makan stock sebulan kot. tapi, kena makan jugak untuk cepat baik dari penyakit aku yg kurang subur sbb berat badan ni. Ohhh...

chaiyok2.

zrahos (^,^)y





zrahos (^,^)y

Selamat Hari Jadi Sayang

19th November 2010
12:40PM

Selamat Hari Jadi sayang. Itu adalah ucapan di tengah malam pada 19hb November 2010 olehku kepada suami tercinta.
Semoga awk sentiasa sihat , panjang umur dan dimurahkan rezeki banyak2..
Sy mahu berikan awk hadiah yang sangat2 istimewa untuk kita, tp, belum lg kesampaian.. ='(

"Sayang, belum masanya bagi sy untuk beri hadiah istimewa kita.. Sy dalam tempoh berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk kita kemudian hari.. Harap apa yg sy korbankan ini, membuahkan hasil. Awk kenalah bg support pd sy jgak ea. Sy tahu awk sayang sy sangat2 n begitu jgak sy.."

Sayang, i Love you So Muchh!!!! mwahh


zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

Menunggu Hari Bahagia

18th November 2010
02:31PM


Salam semua. Masih di dalam tempoh perayaan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.
Selamat semua.

Dah agak lama juga aku tidak meng'update' blog kan. Mungkin disebabkan kesibukan hari-hari selepas kahwin. Dah mcm artis. Hihi. Hari ini seperti biasa, masuk pejabat.. Tapi, kelainan pada hari ini adalah aku masuk pejabat dalam keadaan tak sedap badan, dan agak pening2 sikit. Mungkinkah perutku sudah berisi? Jeng3. Hanya Tuhan yang tahu. Aku serahkan kepada tuhan untuk membuat kerja-Nya. Insya'allah, ada rezeki ku bersama suami yg tercinta. Cuma tak tahu bila. hihi. Setiap hari mendoakan sesuatu yang istimewa dari yang Maha Kuasa di dalam hubungan kami.

Sebenarnya, haid aku dah lewat sangat ni. Tapi, sebelum ini pun pernah juga terlewat. Tapi, sebelum ini, keadaannya seperti wanita lain. Senggugut akan menyusul selepas darah haid keluar. Tapi, kali ini berbeda. Kini, aku sedang mengalami sedikit pendarahan dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Aku sendiri tidak pasti adakah itu tanda turun haid atau tanda-tanda awal hamil. Sedangkan aku sudahpun membuat UPT pada hari Jumaat yang lepas dan hasilnya -ve. Aku terus review tanda-tanda awal kehamilan di internet.
Dan ini adalah sedikit yang aku dapat rumuskan.

1. Rasa lapar yang berpanjangan
2. Perubahan pada warna di sekliling payudaraa
3. Kerap membuang air kecil

4. Merasa tidak bermaya
5. Sakit dan tegang pada buah dada
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
7. Rasa loya dan muntah
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
9. Missed period
10. Ujian air kencing yang positif

Dan kini, aku sedang menghadapi cepat rasa lapar, rasa tidak bermaya, pendarahan implantasi dan senak ari-ari, sedikit pening, selalu rasa panas dlm badan, missed period(21hari lewat). Apakah itu ea?
Jadi, kalau esok masih sama seperti semalam dan hari ini, aku akan terus ke poliklinik.
Doakan yg terbaik untukku dan suamiku ea..

Sekianlah, nanti kalau ada berita gembira yang sangat membahagiakan diriku dan suami, akan ku kongsikan bersama blog juga..

TQ


zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

Kebahagiaan itu.

23rd July 2010
01:51PM

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara automatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:

Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???


zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

Meluat

21st July 2010
08:34PM

Meluat je bile nampak atau terdengar dgn setiap apa sahaja dari dia.. Mengapa dia masih tak faham tentang kehidupan?

Membuat aku runsing hari demi hari. Entah apalah dosanya pada aku sampaikan aku meluat. Bukan benci tp, menyampah..

** Keadaan makin x selesa.

zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y

Dulu Bujang Sekarang Double ~

19th July 2010
1:19pm

Sekian lama aku tidak menulis di dalam blog ini, macam2 berita yang ku ingin sampaikan di dalam blog kali ini. Macam2 perubahan yang terjadi ke atas diriku. Kali terakhir aku menulis di dalam blog status ku masih lagi bujang dan kini.... aku sudah berkahwin. Alhamdulillah aku bersyukur pada tuhan atas semua nya kerana berjaya melalui perjalanan yang telah dirancang selama 5 tahun yang lepas bersama yang tercinta dan di akhiri dengan gerbang perkahwinan. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang benar2 mencintai diri ku dan pernah sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi sebab perkahwinan yang lama nya gagal dan, itulah jodoh dan pertemuan bermula dari tahun 2003.

Mengimbas semula pada tahun 2003. Aku pada masa itu baru habis SPM dan bekerja di salah sebuah makanan segera di Kinta City, Ipoh. Dan ingin sambung belajar selepas keputusan SPM keluar. Nak masuk Universiti atau Politeknik xdpt, jadi aku tetap ingin sambung belajar dgn mendapat keputusan yg x seberapa agaknya. hihi. atau sbb pandai sgt sampai kan Universiti atau Politeknik takut amik aku. hikhik. Jadi, pada bulan June 2003, aku pun mendaftarkan diriku di Cosmopoint, Ipoh pada masa itu. Skrg dah jadi KLMU name kolej aku tu. Dan bermulalah hari aku sebagai pelajar dlm bidang Teknologi Maklumat. Aku ambik Diploma Teknologi Maklumat selama 2 tahun setengah. Woww.. Masa itu mmg sgt excited sbb rasa dah besar je kan. X ada lg uniform warna biru cair dan putih dipakai setiap hari. hehe.
Dan pada October 2003 seorang lelaki pada masa itu pun mendaftarkan dirinya ke cosmopoint untuk ambil Cos Diploma Teknologi Maklumat juga. Sama class dengan aku tapi batch lain2. Jadi, batch June & October akan digabungkan menjadi 1 class. Dan dari situlah pertemuan aku dengan sidia.. Pada permulaan nya aku sebagai seorang kawan class. Yelah kan, aku kesana untuk belajar. Itu tujuan utamaku dan bukan untuk menggatal or mengedix kerana pada masa itu, aku sedang dan masih berkawan dengan seseorang. Tetapi bukan tahap serius sebab aku xpernah pun keluar dating. Melalui handphone shj. Masa itu terlalu muda mungkin dan masih lg segan2 untuk hang out dating2. Dan, bermula lah episod kami sepanjang tahun 2004..

Kami bermula berkawan dan mengenali hati budi masing2.. mula2 segan jugak kan. bertukar2 no telephone dan bertukar2 pendapat. Sejak pertengahan tahun 2004 kami mula menjadi rapat tapi masih berkawan je. Mungkin pada waktu itu dia suka personaliti ku yang agak berperangai gila2, suka buat orang disekelilingku tertawa dengan kerenahku, tidak terlalu menonjolkan diri dalam kalangan yang popular di kolej dan yang paling penting, aku menjadi diri aku sendiri. (masuk bakul angkat sendiri kot, hahaha). Dan pada masa yang sama mungkin, ada kawan2 seangkatan ku yang mungkin ingin tackle aku (rase2 kot ade)tapi, aku mcm bolayan shj sbb berbalik pd tujuan aku pd masa itu, belajar yang penting. mmg itu cita2 ku. belajar dan belajar. (poyo je kan) hihi. dan sidia pada waktu itu dlm kalangan kawan2 jugak semakin kerap menghubungi ku pada waktu malam. Menemani ku dikala aku menghadapi masalah keluarga dan kekasih pada waktu itu. Dan sidia terus menasihati & terus menjadi pendengar yang setia atas segala2nya.. sehinggalah ke saat aku jatuh hati padanya. tp, aku mahu tggu dia yang propose untuk menjalin hubungan yg lebih serius. hehee... Eh, terlupa pula, sbnrnye, aku dah break (aku couple ke) dgn budak yg aku story mula2 td. hehe.. sbbnya adalah jeng3.. die main kayu ke berapa ntah dgn budak busuk mane. aku pun mase tu mau rase couple. apa itu couple? hikhik. sudah2, lupakan yg lepas. skrg cerita ttg sidia dan aku.

Aku pernah bercerita ttg ferevet aku pd sidia dan pada masa yang sama, waktu Merdeka Day.. aku xdapat keluar join kawan2 di padang ipoh celebrate Merdeka Day dan aku sbb aku mmg dr dlu, kena dapatkan keizinan baba & mama sebelum keluar rumah. Dan yan pastinya mama mesti x bagi sbb dah malam kan. Tapi, nak dijadikan cerita, mama aku pada masa itu ada kursus dari jabatan nya dan kena pergi dalam 5 hari kot. Jadi, apa lg, aku pun ambil peluang untuk try ricky baba aku. nasib baiklah baba aku bagi aku keluar. Dan, sidia terus ambil aku dirumah dan pergi semula ke padang ipoh. Seronok n excited utk tgk bunga api feveret aku! hahaa.. Dan pada waktu yang sama, kawan2 aku dah asik kenen2kan sidia dengan aku. Dan berkumandanglah lagu Relaku Pujuk dr Spider masa itu. Maka, pada malam itu, aku dah rasakan mcm segan2 je dgn sidia.. walhal, aku dengan sidia hanyalah kawan. hihi. Dan kami meneruskan hubungan seperti biasa sehinggalah pada December 2004 dia try untuk masuk jarum. hehe.. itu lah katanya bila kami berbicara ttg dahulu.

Pada malam 2 minggu sebelum tahun baru.. Sidia seperti biasa akan menelefon aku setiap malam dan sembang berjam2 lamanya. Entah apa yang kami sembangkan seperti membicarakan masalah dunia. hikhik.. Dan pada satu ketika, sidia propose aku, "Ita, Sudi tak kau menjadi teman istimewa aku? aku dah jatuh hati dengan kau. " dan aku pada waktu itu tersentap dan buat2 xdengar dan menyuruh dia mengulangi ayat tersebut dan dengan pantas dia kata sekali itu shj dia mampu ucapkan. haha. Agak kelakar waktu itu aku rasakan sebab aku mmg suka mengusik dan bergurau dengan sidia. Dan dia terus menghubungi aku pada stiap tgh malam.. sehinggalah pada tanggal ke 29 December 2004, aku berkata "aku terima" atas persoalannya pada malam yang sidia cuba propose aku untuk menjadi seseorang yang istimewa di dalam taman hatinya. :)

Dan tarikh itulah menjadi tarikh permulaan cinta kami. Dan setelah mengikut apa yang dirancang, hubungan kami pun berakhir ke jinjang pelamin pada 11 June 2010 dan sekarang, aku happy bersama dengan sidia yg kini, suami ku. Andy Amin. "Bersyukur kehadrat ilahi kerana menemukan aku dengan suami ku. Sesungguhnya dugaan mu selama perhubungan kami adalah pengajaran yang terbaik aku pernah pelajari untuk dihari2 yang mendatang. Insya'allah.."

** Terima kasih sayang sebab awk memilih sy sebagai suri dihati awk walaupun awk pernah beritahu pd sy bahawasanya awk tidak mahu berkahwin lagi selepas perkahwinan awk yang lama gagal. Nak jugak awk kahwin dengan sy walaupun sy selalu merajuk, sentap, mengade2 dan kuat nangis dengan awk kan! Semua sbb sy cintakan awk! hehe..
i hope we can stay together as a loving husband n wife until our last breath.. AMIN.

** Dan kepada anak tiriku, ini jawapan kepada soalan smlm. Ibu menangis setiap kali ayah nk pergi jauh dari ibu sbb ibu akan merindui ayah setiap saat. Ibu x mahu berjauhan dengan ayah sbb ayah dah ambil hati ibu. Badan ibu aje dekat ipoh, tapi hati ibu jauh. Sebab itu ibu akan menangis stiap kali ayah jauh dr ibu.


Pics2 ni sume gambar kitorang. Please enjoy! (':








Doakan semoga perhubungan kami terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.
Sampai disini shj ya.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

Cinta itu Pengorbanan.

7th Mac 2010
3:55pm

Aku baru pulang dr rumah bakal mertuaku. Tujuan ku pd ari ini adalah :
pagi2 bgn, dijemput oleh tunangku untuk pergi joging. mcm biase, weekend waktu utk kami spent bersama utk joging. Actly arini tunangku lewat sdkit mengambil aku & planning kami jgak lepas je joging, terus ke rumah dia utk membuat beg cendawan. Jd, bila dah lewat sampai, sure la ari pun dah agak panas. Dgn keadaaan skrg ni pkul 8.30 dah panas terik matahari kan. so, bile die sampai, aku pun terus ckp pd die aku x mo joging. if die nk joging, xpe la. aku follow je. aku ckp lg, xpe la. if x g joging pun, xpe. sbb bleh terus ke rumah die & prepare utk membuat beg cendawan. niat aku mmg nk tlg die. if aku x buat ape. then, die sentap dgn keadaan tu & die terus merajuk & aku follow ke rumah die & die turun dan berkata, "xpe la yang, awk balik la rumah. awk nk kemas rumah kan." dan die terus pergi........
aku pun tersentap jgak dlm keta sorg2 tggu jgak die dtg semula tp, x.. die buat aku endah x endah je. seolah2 seperti itu la yg aku harus dpt hya sbb cancel joging. die suruh aku balik rumah aku tp, buat ape aku nk balik sdgkan aku mmg betul2 nk buat beg cendawan dgn dia weekend ni seperti apa yg kami dah plan seblm ni. & aku jgak xmo lari dr masalah. & aku pun dgn perasaan mencuba bg dia fhm..... aku bukak gate & masuk ke rumah cendawan dia. sampai la aku rasa kan ade suasana yg agak tegang sdg berlaku. aku tya dia knpa dia ttiba suruh aku balik sdgkan planning kami utk buat beg. so, die MENGANDAIKAN aku yg aku nk cepat sbb mcm ade sesuatu di rumah yg aku perlu laksanakan. padahal aku bkn nk cepat, tp, sbb nnt dah sampai padang joging, forsure mase tu dah panas... itu je sbbnya. ehhmm..
Td.. bila aku bckp dgn dia, ada yg die jwab sepatah2. ade yg dia buat sprti x dgr lgsung. ape perasaan aku mase tu?? ntah. mcm2 sampaikan stiap kali aku termenung td, aku akan titiskan air mate. knapa jd mcm ni? sdgkan xde sape2 perlu merajuk. knape bila dia merajuk, aku akan pujuk?? dan kenapa jika aku merajuk, aku akan buat sprti xde ape2. tp, lepas je dah settle, kami mkn bersama tp, x bckp ape2 sgt. & aku terlelap sketika di sofa depan. die kluar & terus sambung buat keje die. sampai aku terjaga selpas 5 minit melelapkan mata.. aku kluar dan pergi ke dia. bertya apa yg dia buat? oh, lupa, rumah cendawan dgn rumah dia mmg sblah menyebelah je. so, aku expect ade lg beg yg die nk buat. so, aku just get ready. skali dah settle, die kate ini utk esok punya. & aku xckp ape2. dan dia dah kemas semua & die ingin pulang ke rumah nya, aku pun berjalan ke kereta & bukak bonet depan. cek ade air or x. nk sgt mase tu, aku salam die, peluk die. say sorry sbb cancel joging. but x blehh!! haramm.. mase aku odway pulang, spanjang perjalanan aku, aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis.. dari pagi td jgak la aku menitiskan air mata. tp, knapa die masih x fhm niat aku?? aku hampaaa... td, mase buat keje pun, die main hempas je bekas tong, & mcm2 lg.. sepak barang. perasaan aku mase tgk dia mcm tu..... aku takot.! bile aku ckp kalau awak marah kan sy, marah je sy dr awk hempas2 je barang2 tu termasuk handphone dia.

** syg, knape awk jd mcm ni?? awk pk +ve k. sy mahu tlg awk jd, itu yg sy akan lakukan. sy xkan biarkan awk sorg2 mcm tu. tp, x sangka awk bleh sentap bile cancel joging. sy mintak maaf sgt. awk pun tau sy ni mcm mane. if lewat sket, sy mmg akan berubah plan. but still can do other plan for the day. sy x suke lengah2kan mase. sbb sy bgn awal utk buat keje rumah dlu & tggu awk dtg. so, timing tu sy dah budget. IM SO SORRY syg. but dont do this to me. i mean "this" xmenghiraukan sy. plz.

zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Adilkah dunia zaman kini?

26th January 2010
10.31pm

Hari ini, aku ke KL untuk menunaikan tanggungjwb ku atas company yg ku kerja skrg di 2 tempat.
1 di megan avenue 2 & lg 1 di seri kembangan. Aku bertolak dr Ipoh pkul 7.30 pagi. Aku pergi bersama kekasih hatiku yang menemani ku sbbnya aku kurang pasti jalan2 dlm KL. Jd, if die drive, tugas aku pulak mstlah call sape2 yg berkenaan & mintak tlg tunjukkan jalan. Betul x?? ;)
Jadi, setelah aku meeting di Megan Avenue 2 tamat, aku pun terus gerak ke seri kembangan walhal aku mmg x tau jalan nk ke sana. Tp, komitmen keje punya pasal. Aku redah je & mencari signboard ke Seremban. Sampai di seri kembangan, aku lunch di mc'd bersama kekasihku. Mula2 plan nk mkn dekat dlm mc'd. Skali kereta ramai gle.. hehee, jadi aku pun amik keputusan untuk drve-thru aje. Slepas dpt apa yang diorder di mc'd, kami pun bergerak ke ofis aku yang terletak dlm 1km dr ofis aku. Kami pun mkn dlm kereta & sambil tu surfing2 & menghabiskan masa untuk ke meeting yg ke2 pd hari ini. Maka, ptg tu aku masuk meeting di seri kembangan agak lewat sbb aku merasakan seperti ada yang x kena dlm ofis tu bila aku masuk meeting nnt. Sbbnya dlm ofis di seri kembangan mmg ada org yg nampak seperti tidak puas ati dgn kerja aku & menganggap aku hanyalah orang yg tidak penting & xbleh dharap. walhal sbelum ni aku buat kerja untuk 2-3 org punya scope. Sbb aku x ckup tgn jd, kerja aku jd tunggang terbalik skit even dpt sempurnakan dgn baik skali tanpa pertolongan mereka. Mgkin mereka agak tercabar dgn caraku bekerja & iri hati bila aku bleh claim semua kerja-kerja aku disana. Mana tidaknya, aku hanyalah seorg pekerja kerani cabuk yang base mmg di Ipoh & tup2, dpt order dr bos suruh handle account & sales skali 1 masa. Dan meeting di seri kembangan itu tetap berjalan seperti biasa wlupun aku masuk agak lewat. Jadi, habis meeting pkul 5.30pm & aku perlu study skit mcm mane cara-cara utk gunakan software yang company aku gunakan utk kerja aku pd masa akan dtg. Kira kena praktikal dlu lah sbbnya itu 1st time aku guna software tu. jd, amik mase dekat sejam jgak. So, agak2 pkul 6.30 baru aku turun & terus gerak ke jalan duta utk pulang ke ipoh. Jalan punya jalan.. dlm 1 jam lebih perjalanan kami, mama aku call n btya aku dimana & tidak pulang2 lagi walhal dia tau aku ke KL atas tujuan kerja. Tp, td dia call aku seakan-akan aku menipu dia & seperti ada benda yang dia x puas ati dgn aku. Knapa aku balik lambat & mcm2 lagi kata nya. Apa yang aku perlu lakukan sebagai seorg pekerja yang mkn gaji & sebagai seorg anak?? Aku tidak pergi ke KL semata-mata utk berseronok. Aku ada tugas & komitmen pd kerja ku! & knapa orang di ofii ku sama ada di ipoh dan KL & di rumah jga tidak puas hati dgn apa shj yang aku buat? Seperti ada perasaan dengki & iri hati yang mereka bayangkan ttg diri aku yang serba kekurangan ini. Jika di ofis, aku hanyalah kerani cabuk & jika dirumah, aku hanyalah seorg anak yang bleh berdikari sndr tanpa menyusahkan org lain. Kenapa makin ramai yang tidak puas hati dgn keadaan aku skrg? Apa yang manusia seperti itu mahukan? Tidak ckup dgn apa yang ada skrg & ckup sibuk dgn hal org lain padahal diri sndr pun tunggang terbalik. Terima kasih byk2 aku ucapkan pd diorg yang amat prihatin ttg aku sbb mereka yang mengatakan ttg aku ckup mengambil berat atas diri aku. Aku rasa seperti diriku seorg artis popular je sbbnya mereka ckup peka dgn apa shj yang aku lakukan. Wah, bangga ku rasakan kerana aku bukan seorg artis tetapi mereka ckup mengambil tahu ttg diri ku. Tp, bukankah lebih baik menjaga tepi kain sndr? Kalau sembahyang 5kali sehari penuh pun dah mmg -ve jd nye bile ngumpat org. Jd, sesiapa yang berkenaan yang aku tidak mahu siarkan nama-namanya disini, sila lah ambil jalan kehadapan & bukan jalan ke belakang!

** Lg 1, korang dlu mase start keje, forsure x tau ape2 gak! korang pun sama mcm aku skrg! Bezanya korang betul2 buat scope kerja korang sampai bertahun2 tp, aku punya scope sgt besar shggakan aku perlu buat 2-3 orang punya kerja dlm masa 3 bulan shj. Xsalah if korang nk mengajar org2 seperti aku yg mmg zero ttg benda baru ni.. Korang xmo pahala ke? lg 1, terima kasih byk2 sbb dah byk luangkan masa utk mengajar aku benda2 baru ni. bleh aku gunakan utk kerja-kerja aku di lain company ke nnt?? insya'allah. kalo mengajar pun x ikhlas, sampai bile2 hati korang sume akan kotor even korang sembahyang tunggang tonggek 5kali sehari!

** Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal.

zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

New Blueberry Qwerty Phone from my syg!

23hb January 2010
3.15pm

Sejak aku dilanda handphone ku yang telah masuk ke dlm washing machine smlm, aku mjd seorg yg amat murung shinggalah kekasih hatiku membelikan ku handphone blueberry. heee. terus girang ni!

THANKS syg!!

nk beli blackberry mahal sgt. jd, beli lah barangan buatan MALAYSIA! hehee.
CSL Blueberry 9350 mjd pilihan hatiku. Sedang dcharge btery nye kini. hikhik.
Aku akan mjage berry2 sebaik mungkin! insya'allah.. chaiyok! senyum x terhingga selepas mdpt handphone tersebut! jd, kekasih hatiku berjaya membuatkan ku tersenyum kembali! die byk berpesan, handphone tu barangan. bkn nye nyawa.. tp, aku murung sehingga kan pening2 & mcm dah nk jatuh sakit hanya sbb handphone lama ku masuk ke dlm washing machine. aku nk gtau die..

SAYANG!! awk berjaya buat sy senyum kembali! arigato gozaimasu.!

nk jerit x bleh pulak kan! sbb disini skrg dah tgh mlm. kang x psl2 mama & ayah tiri aku kuar bilik serbu bilik aku. hikhik. jd, biarlah aku tertawa sndrian di dlm bilik!! heeee..

zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

handphone aku masuk air!!

22hb January 2010
9.46pm

Knapalah handphone aku masuk air? Knapa mama aku x tgk dlu kain yg aku letak atas washing machine tu ade hp ke x?? padahal, elok atas kain2 kotor aku. aku ke blakang sbb die jgak suruh tutup umah kucing! then, die bleh masukkan handphone aku ke dlm washing machine bersama kain2 kotor aku.!! arghhhh. tension bangat!! nasib baik jgak ade handphone extra dlm umah aku yg agak oldschool. adik aku punya! tQ ain! siap ade torchlight. aku pun x tau hp ape tp, nokia. kale kuning je lampunye!!xde dah kale warna warni.!! huwaaaaaaa.. knape sampai mcm ni skali keadaan yg aku harus lalui?

nk beli baru mmg duit x brapa nk ade! baru je terfikir nk trade in phone tu. mcm x berkat je handphone tu pd aku sbb nye die mcm tau2 aku nk trade in die. huwaa!! sakit nye atii..

buat mase ni kena la pakai handphone torchlight ni dlu! hukhuk..
bosh!! sy mau bonus 8 bulan punye gaji!!

& mengharapkan ade kenaikan gaji setelah apa yg kuperah tenaga ku di company ku selama ini. huuu.. AMIN!

zrahos (^.*)y

zrahos (^,^)y

ofis ke ape ni ye?

22hb January 2010
2.46pm

Aku di pejabat seperti biasa. yg luar biasanya aku rasakan setelah jarang masuk ke ofis utk sekian lama sejak bulan September 2009, aku dlm ofis ni seperti org luar. mungkin sbb dendam diorg atau ketidakpuasan hati diorg pd aku selepas menerima job yg byk & kemungkinan terbesar skali adalah sebab stlah aku menerima posting dlm sales, maka nya aku sudah boleh mendapat claim dari company. claim tu mst lah atas apa yang aku lakukan. kalau x keje, mane bleh claim! betul x?? :)

Jdnya, kemgkinan tu byk kepada iri ati manusia kpd seseorg makhluk allah swt yg selalu iri ati kepada sesama insan!
Agak-agak apa yang aku perlu lakukan dalam organisasi seperti ini?? Jalan pilihan aku adalah mencari kerja lain & terus mencari & mencari.. Dalam 1 ofis, mstlah ade staff yg x puas ai sbb itu.. sbb ini. selama ni diorg dpt claim, aku relax je. sbb aku tau & sedar yg aku ni hanya lah kerani cabuk. lepas bos dah nampak prestasi aku & tukarkan aku ke dept yang baru, org dlm ofis ni akan berkata yg aku akan jd sombong atau bongkak padahal aku bkn seperti itu & terus jgak lakukan kerja-kerja amal dlm ofis! (keje byk tp free). Staff baru dept dmin dlm ofis pun xmo ngaku buat keje admin. konon tlg keje dept lain. dah dpt keje bleh menjwb gtu. iskh.. dr hari ke hari aku mahu bertanya kepada bosh. sbnrnye new staff ni keje dept ape?? tp, aku rasa kan yg bosh forsure akan jwb die dept OSC tp, buat jgak keje2 admin. pergh.. aku dlu start pun gaji lg rendah. tp, mcm2 keje aku buat. mmg budak x diuntung lgsung! kalo ko rase ko dah lame keje xpe la. ko nk argue ape pun boleh. tp, ko baru 2 bulan lebih keje.. ceh.. lalala. yeahh!! skurang2nya aku dlm lepaskan tekanan dlm bloggers ni!

zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

arigato gozaimasu sayang!



21hb Januari 2010
11.15pm

Terima kasih sayang sbb ada di sisi saya diwaktu sy perlukan awk.
Awk tau yg ramai org x pedulikan sy even fmly sy sndr x pedulikan perasaan sy.

**sj war-war dlm blog ni.
Biar org tau betapa perlunya awk dalam hidup sy. Dari 5 tahun yg lepas sehingga kini. Sy mahu bersama awk sehingga bile2! Janji syg...??
Awklah sumber kekuatan sy & awk jgaklah yang byk bagi nasihat & guide sy.
Thanks sayang.

If U know How Much I Love You than You Love Me!

zrahos (^,^)y

zrahos (^,^)y

Baru Berjinak Dengan Bloggers

21hb Januari 2010
7.30PM

kejadian yg sama berulang skali lagi di awal tahun. xterlintas langsung dalam kepala ku untuk buat bloggers selama ini & malam ini aku terfikir aku perlukan bloggers!!

yeahh..
zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y