my 1st OPK

Assalammualaikum wbt,

Salam Ramadhan dari saya dan suami.


Sebenarnya saya nak bercerita berkenaan kelewatan period saya. OMG.
Sambil2 menjenguk forum RatuHati. Forum feveret sebab banyak perkara yang saya dapat belajar dari Forum ni. Bukan hanya utk ibu2 hamil, malah, untuk masalah2 kehamilan atau resepi pun ada. hee. Lagilah feveret kan.

So sebenarnya, kali terakhir saya didatangi period adalah pada 24hb June 2011. Masih 7 hari kekal turunnya. Dan saya masih menunggu kehadiran period July 2011 tapi dah masuk bulan August masih belum muncul dan kitaran saya sekarang sudah menjadi sebanyak 45 hari. Dan sejak 1 mggu yg lepas, saya selalu senak di belah kanan atau kiri perut. Dan senak tu kadang2 baru muncul dan bukan setiap masa. Dan sewaktu itu juga ade sesuatu bendalir yg sentiasa keluar dari "(=.=)" saya. Rasa semua faham kot. Dan selepas kekurangan bendalir tersebut, turun pulak air seakan2 eggwhite yg tidak terlalu berlender sejak semalam dan saya pun menjalani ujian OPK
(ovulation predict kit). Dan keputusannya seperti gambar di bawah ni.

Jeng2. Keputusannya seperti dah 0 kan? Tapi, mengapa masih keluar cervical mucus?
Nak buat UPT (urine pregnancy test) kenalah tunggu esok hari. Dan senak di ari2 dan sakit pinggang selalu muncul sekarang ni. Harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Saya mengharapkan yang terbaik untuk saya dan suami. Kalau belum rezeki kami, kami redha dan usaha lebih kerasss lagi. hihi. Usaha kan tangga kejayaan. Cuma saya nak sekarang adalah period have to regular dulu. Cuma itu yang belum mampu saya kawal. Mengapa period selalu lewat? Hormon x stabil. Itu yg doktor atau sesiapa pun akan katakan. So now, hormon, please behave! InsyaAllah. =)

So, sesiapa yang terbaca this post, terima kasih banyak2 sbb meluangkan masa 2-3 minit jeee pun. hihi. xoxo~

zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y