Menunggu Hari Bahagia

18th November 2010
02:31PM


Salam semua. Masih di dalam tempoh perayaan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.
Selamat semua.

Dah agak lama juga aku tidak meng'update' blog kan. Mungkin disebabkan kesibukan hari-hari selepas kahwin. Dah mcm artis. Hihi. Hari ini seperti biasa, masuk pejabat.. Tapi, kelainan pada hari ini adalah aku masuk pejabat dalam keadaan tak sedap badan, dan agak pening2 sikit. Mungkinkah perutku sudah berisi? Jeng3. Hanya Tuhan yang tahu. Aku serahkan kepada tuhan untuk membuat kerja-Nya. Insya'allah, ada rezeki ku bersama suami yg tercinta. Cuma tak tahu bila. hihi. Setiap hari mendoakan sesuatu yang istimewa dari yang Maha Kuasa di dalam hubungan kami.

Sebenarnya, haid aku dah lewat sangat ni. Tapi, sebelum ini pun pernah juga terlewat. Tapi, sebelum ini, keadaannya seperti wanita lain. Senggugut akan menyusul selepas darah haid keluar. Tapi, kali ini berbeda. Kini, aku sedang mengalami sedikit pendarahan dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Aku sendiri tidak pasti adakah itu tanda turun haid atau tanda-tanda awal hamil. Sedangkan aku sudahpun membuat UPT pada hari Jumaat yang lepas dan hasilnya -ve. Aku terus review tanda-tanda awal kehamilan di internet.
Dan ini adalah sedikit yang aku dapat rumuskan.

1. Rasa lapar yang berpanjangan
2. Perubahan pada warna di sekliling payudaraa
3. Kerap membuang air kecil

4. Merasa tidak bermaya
5. Sakit dan tegang pada buah dada
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
7. Rasa loya dan muntah
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
9. Missed period
10. Ujian air kencing yang positif

Dan kini, aku sedang menghadapi cepat rasa lapar, rasa tidak bermaya, pendarahan implantasi dan senak ari-ari, sedikit pening, selalu rasa panas dlm badan, missed period(21hari lewat). Apakah itu ea?
Jadi, kalau esok masih sama seperti semalam dan hari ini, aku akan terus ke poliklinik.
Doakan yg terbaik untukku dan suamiku ea..

Sekianlah, nanti kalau ada berita gembira yang sangat membahagiakan diriku dan suami, akan ku kongsikan bersama blog juga..

TQ


zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

No comments:

Post a Comment