Tanda tanda awal Kehamilan

Assalammualaikum wbt,

Mari kita sama-sama tandakan sama ada tanda-tanda ini ada kena mengena dengan diri kita sekarang. (perempuan aje tau) kalau lelaki ada tanda-tanda ni, better checkup ASAP. hihi.

1. Rasa lapar yang berpanjangan (Dah ada)

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awalkehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya iaberlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untukmembilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara (Tettt)

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudahbeberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkanoleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan ataudisebabkan kandungan yang terdahulu. pun

3. Kerap membuang air kecil (Dah ada)

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mulamenekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya (Dah ada)

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masaawal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dantidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada (Tett)

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit padasentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada andasebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari (Ada)

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah (Setiap kali gosok gigi)

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan (Memang slalu panas)

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period (Dah lewat 22 hari)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif (Ujian samar)

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... Tahniah!! =)

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

3 comments:

  1. insyaallah...is doakan semoga apa yg dihajati akan dapat...bykkan berdoa..:)

    ReplyDelete
  2. tahniah dgn khabar gembira bonda. nak tanya la psl kerap kencing tu, awak alami mcmana yer? kerap bgn mlm or xkira waktu asyik rs the urge to run to the toilet ke?

    ReplyDelete
  3. Actly rasa ni dtg bila2 masa pun.
    tapi, simptom aje. bkn preggie pun.

    ReplyDelete