InsyaALLAH.. cuma masih belum pasti.

Assalammualaikum wbt,

Ini lah tread yang saya gembar gemburkan sebelum ni.
Masih belum confirm 100% dan saya terbuka hati untuk berkongsi di sini.
Seperti sekian kalinya, saya dan suami masih berusaha sebenarnya untuk mendapatkan zuriat kami bersama. Kahwin baru 1 tahun 4 bulan dan sentiasa mengikuti perkembangan kawan2 yang lebih lewat berkahwin dari saya dan sedang menunggu masa untuk bersalin dan ada juga yg dah nak masuk 2nd & 3rd trimester pregnancy. Gembira tengok mereka cepat dikurniakan rezeki.

Dan sebenarnya, harini saya tidak berapa sihat sejak pagi2 waktu bangun dari tidur dan pening kepala sangat2. Jadi, membuat keputusan untuk stay di rumah sahaja bersama suami.
Dan, loya2 + pening datang sekali pulak tu. Dan secara kebetulan jugak, adik saya di rumah mama call saya untuk datang ke rumah secepat mungkin kerana mama tak sihat sampai terbaring + muntah2. Dan secepat mungkin tu jugaklah saya lekas2 memberitahu suami dan sejurus kemudian kami pun sampai ke rumah mama. Kesian mama tak dapat bangun & bukak mata menahan sakit.. Sesudah sampai di Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan yang berdekatan dengan rumah mama, suami pun tunggu di ruang menunggu dan saya menemani mama di dalam bilik menunggu. Mama pun baring dan kami menunggu doktor pulang ke klinik dari rumahnya.
Dan bila doktor sampai, mama dululah yg doktor check sbbnya mama dlm keadaan kecemasan.
Keracunan makanan rupanya. Dah selesai mama, saya pula menyusuli doktor dan bila dah terangkan pada doktor bahawasanya saya sudah lewat period & dah buat UPT sebanyak 3 kali dan resultnya adalah -ve. Makanya, doktor pun suruh saya baring dan inilah hasilnyaa...

Nampak tak apa yang doktor, saya dan suami nampak??
Berusia 6W4D dan berukuran 23MM.

Dan selepas saya menangkap gambar dengan lebih jelas, inilah hasilnya..

Dan saya terus nampak kantung tuu. Nampak tak??
(xsangka masa ambil gambar ni ada cahaya bentuk LOVE sblah tu)

Dan doktor cakap, "Nampak kantungnya tetapi tidak nampak isi di dalamnya kerana terlalu awal mungkin. Setiap orang berbeza2 dan jangan pulak awak berharap sebab ada juga kes yang nampak isinya selepas 2-3 minggu lagi dan ada juga kes ada kantung tetapi akhirnya period juga. Tapi, apa yg saya nampak adalah awak +ve pregnant. So now, awak kena anggap yang awak sudah pregnant tapi, jangan beritahu orang lagi." Saya rasa nak melompat masa tu jugak. Tapi, upps, kena jaga diri.. Behave behave behave.. Cuma, UPT yang masih belum menunjukkan ke arah +ve dan asyik dengan -ve yang membuatkan saya asyik tertanya-tanya.

Dan disini pulak adalah jadual BBT yg saya dah buat since awal tahun 2011. Seronok jugak berBBT ni sebenarnya sbbnya, boleh mengira tempoh kita Ovulate & tempoh haid yg bakal menjelma. ditambah pulak dgn OPK lg lah senang untuk kita tau kita sudah ovulate atau belum.


Dan rupa-rupanya kali terakhir saya period adalah pada 4/9/2011. Sebenarnya masih terlalu awal jugak untuk pergi scan! Patutla nampak kantung je.. iskh22. Saya silap tengok hb rupanyaa.. Dan ini bermakna saya sudah pun terlewat period baru 6 hari. Memang lah kalau buat UPT sblm lewat saya dpt -ve. Gataiinyeee tgn ni pun. iskh22.. Sadis.. Kita tggu je lah cam tu.. hehe.
Ni dah tetibe scan n tetiba nampak kantung. Memang menambahkan lagi debaran lah gituu..

Tanda-tanda yang ada pada diri saya sekarang adalah pening kepala, loya diwaktu pagi, kuat kentut =p, angin banyak x terhingga sampai rasa sendawa banyak sangat, sakit pinggang, cramp perut dan suhu makin hari makin tinggi (harapan jangan turun2 dlm 8-9 bulan).

Dan ini yang membuatkan saya dan suami masih berdebar2 dengan keputusan di dalam perut saya sekarang kerana perlu menunggu lagi untuk beberapa minggu lagi.

Sebenarnya, dari pagi tadi saya loya2 dan pening kepala sampai suami banyak kali ulang, " saya rasa awak pregnant ni sayang."" saya rasa awak pregnant ni sayang."" saya rasa awak pregnant ni sayang."...... sayaa hanya menjawab amin..

Doakan yang terbaik buat kami ea.

xoxo~

zrahos (^,^)y



zrahos (^,^)y

10 comments:

  1. Salam Nita...
    InsyaAllah... eyza doakan agar awak hamil.... sekarang ni jangan lasak2... jaga baik2.. doakan eyza pulak yer pasni.. :)

    ReplyDelete
  2. As salam eyza. =')
    Amin.. Amin.. Amin.. Terima kasih ea eza. Kita masing2 masih berusaha untuk hamil kan.
    Memang doktor pun cakap, jangan lasak2, if ada buat treatment apa2 atau bersukan, stop dulu buat masa ni dan teruskan mkn folic asid.

    InsyaAllah kita masing2 ada rezeki nya cuma masa nya mungkin belum sampai. Saya sendiri pun masih tertanya2 lagi ni. Tapi, menurut kawan saya dr US. Dia buat UPT 2 mggu selepas +ve OPK dan result UPT +ve.. mungkin saya belum lagi sampai 2 minggu dan guna UPT. Mana mauu nyaa.. Cuma, mungkinlah ada miracle ke kan? kita doa sama2 yea eyza. =')

    ReplyDelete
  3. insya Allah rezeki ada tu :) hepinyeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. insyaallah dear..chinta doakan awak...wah..x sbar nak tunggu n3 seterusnya nih..

    ReplyDelete
  5. wahhhh...seronoknyeee....bile la agaknya time hani kan..doa2 kan k.....

    ReplyDelete
  6. InsyaALLAH miss bam, chinta, hani.. =')
    Dan saya lewat period baru 6-7 hari. Dah menggatai dok kata dekat 2 bulan. Kesilapan ini adalah disebabkan salah tengok tarikh. hihi.

    AMpun semuaaa.. Tapi, tetiba g scan masa tu pulak boleh nampak kantung. Lagi berdebar2 pulak.
    Sbb selalunya period ni x regular. huhu..

    Mari kita doa sama2 yg terbaik untuk kita okeh??
    =')

    ReplyDelete
  7. tahniah yer...
    it is miracle...
    looking at the little bean inside ur womb...

    ;P

    ReplyDelete
  8. eyh.. nampak ea?
    mmg miracle kan. =')
    Cuma belum official lagi tauu.
    little bean. heee.. en kacang yg comel dlm tummy skrg.. cepat membesar dengan sihat.. auuwww..

    ReplyDelete
  9. amin..moga2 doa ita termakbul..amy tumpang gembira...klau btl ita pregnant syukur alhamdulillah..nti jgn lupe update ye..take care :)

    ReplyDelete
  10. Aemeyyy... Terima kasih. =')
    Amin yarabbal'alamin. Ita dah update baru unye.
    Nani free marilah ke tread lagi 1.

    ReplyDelete