InsyaALLAH.. Tunggu lagi 2 minggu ya.

Assalammualaikum wbt,

Setiap hari memikirkan si kecilll...

Disini saya memohon keampunan jika pernah tersalah kata atau menyinggung kepada semua silent reader atau yang follow saya di Ratuhati, Facebook dan blogger.

Sebenarnya, saya nak beritahu, pada 11/10/2011 pagi-pagi lagi saya melakukan Ujian Urine di UPT saya lah kann.. Di rumah, pada awal2 pagi dan hasil pada mulanya adalah -VE. Dalam x perasaan, rupa-rupanya resultnya adalah +ve mungkin kerana double line yang naik dan 1 line lagi blur tapi, boleh lihat dengan jelas.


Dan pada harini juga saya susah hati dari awal pagi kerana keputusan yang benar rupanya adalah +VE. Keadaan dan situasi dalam hati yang tak menentu sekarang membuatkan saya murung. Menangis apabila sendirian dan kekuatan yang saya rasakan adalah little bean dalam tummy saya setiap masa. Keadaan murung ni membuatkan saya terus menghubungi gynae yang saya biasa pergi dan petang baru appointment nya.

Jadi, petangnya selepas pulang dari pejabat, suami penguat semangat saya yang sebenarnya menemani saya berjumpa dengan gynae dan setelah setengah jam, barulah turn saya. Dan semasa berjumpa dengan doktor, doktor bertanya kepada saya ;

Saya : Assalamualaikum wbt, doktor.
Doktor : Wa'alaikumussalam wbt.. Sila duduk. Ya, ada apa2 yang boleh saya bantu?
Saya : Macam ni doktor, saya dah lewat period. Tapi, lastweek saya dah scan pada hari Sabtu dan hasilnya, nampak kantung.
Doktor : Oh, boleh saya lihatnya? Bila hari pertama period awak yang terakhir?
Saya : Ni dia doktor. (sambil menghulurkan scan result bulan lepas). 1st day last period saya pada 4/9/2011
Doktor : Oh.. kejap ea. Kalau ikutkan kiraan saya, baru berusia 5 minggu dan masih terlalu awal untuk scan.
Saya : Oh, tak scan lah harini? Saya dah full bladder ni doktor.
Doktor : Ya Allah, kenapa macam tu? Tak apa, sekarang masih terlalu awal untuk saya scan. Dan jika saya scan, dah tentu akan sama seperti yang ini. Saya nampak kantung tapi, masih kecil.
Sebab itu saya katakan terlalu awal untuk lakukan scan. Jadi sekarang, awak jangan stress dan berfikiran secara +ve ye. Banyakkan mengaji dan kalau boleh, khatamkan al-quran dalam tempoh awak pregnant ni.
Saya : blood test doktor? doktor takmahu jalan kan blood test pada saya?
Doktor : Seperti yang saya kata, hormon awak masih rendah kerana masih awal. Kita tunggu lagi 2 minggu ya.
Saya : InsyaAllah doktor. =')

Nasiblah doktor tu baik dan bersabar dengan ketidaksabaran saya dan memahami perasaan saya yang murung tadi. Dipegangnya tangan saya, seperti mengetahui keadaan dalam hati saya. Dan berkata, tengok ni.. tangan awak sejuk sangat. Tak apa.. Fikir +ve ye. Insya'ALLAH benda2 +ve pun akan ikut sekali dengan awak. Sekarang, awak jangan buat kerja berat even angkat lesum batu, angkat bakul kain pun tak boleh. Sebab menurut awak punya UPT result, blur kan? Jadi, kena berhati2 dan berjaga dalam tempoh 3 bulan pertama ni.

Dan conclusion di sini sehingga ke 2 minggu lagi, dalam 70% adalah +ve pregnant.
Alhamdulillah. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaALLAH.
Sambil menaip, sambil menitiskan air mata kesyukuran. =')
Saya tahu Allah SWT sudah menentukan & menetapkan setiap hambaNya dengan rezeki masing-masing.

Jumpa di lain tread. Terima kasih semua dan marilah kita sama2 berdoa semoga segalanya dpermudahkan. Amin yarabbal'alamin.

zrahos (^,^)y


zrahos (^,^)y

15 comments:

  1. Tahniah orkid..jgn susah hati sangat k?nnt effect kandungan..apepun take care yer....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih nurryama.
    InsyaAllah saya ingat pesan awak. =')

    lots of love. =)

    ReplyDelete
  3. rasanya betol lah tu awk peknen..TAHNIAH!! ingat pesan doktor tu..jgn angkat lesung batu yaa! :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Fika Ashikin.
    Rasanya betul? Amin Amin Amin yarabal'alamin..
    tak2.. tadi pinggan mangkuk pun suami yg tolong angkatkan. Alahai, kesian dia.. =')

    ReplyDelete
  5. tahniah awak...jaga diri leklok ek..;)

    ReplyDelete
  6. tahniah..
    fikir positif je.. nampak macam ade dah.. sama UPT saya yang mula2 dulu.. mmg kabur.. tapi lepas seminggu makin jelas..

    jaga diri ye..

    ReplyDelete
  7. terima kasih chinta & hikari. Eyh, hikari?
    haiii hikari. lama x nampak awak di RH. =')

    InsyaAllah hikari. tu yang nk buat lepas 1 mggu. Dalam nextweek nk buat lagi InsyaAllah.
    Harap semua nya baik2..

    <3

    ReplyDelete
  8. salam orkid.. pertama kali menjengah ke blog ni.. situasi sy pun lbh krg sama mcm orkid, da kawin 1 thn 4 bln, dan insyaAllah bln 6 thn depan, kami akan bertiga.. sy nk tny, skrg ni orkid ada rasa sengkak x dekat payudara? sbb tanda2 sy pregnant (sy pernah gugur sblm ni) adalah sakit yg teramat sgt kat payudara, smp suami tersentuh pun rasa nk jerit.. sy paham sgt prsn orkid sbb pun berada dlm tmpt orkid.. kita x nak menaruh harapan tinggi tp dlm hati, Allah je yg tau.. apa2pun, sy doakan resultnya +ve.. klu betul +ve, baby orkid sama umur dgn baby sy, 5 weeks++.. yayy! :)

    ReplyDelete
  9. Hai cik yg sama umur perkahwinannya dengan saya. Simpati saya dengan keadaan awak yang pernah gugur sebelum ini.

    Sengkak di payudara? tak ada pulak pernah terjadi selama ni. Cuma senak/ cramping di ari2, pening kepala, sakit pinggang, cepat lapar dan sembelit yg selalu saya rasakan sekarang. InsyaAllah tak ada apa2 rasanya. Terima kasih sebab faham perasaan saya. =') Orkid nama di RH. Boleh panggil saya Ita.
    Saya dan suami memang mengharapkan +ve. Tanda2 semua dah ada dan scan sabtu lepas kalau ikutkan baru berusia 4W6D. Kantung memang sangat kecik dan UPT pun +ve. Cuma samar2 je.
    Hope dalam nextweek saya nak guna UPT sekali lagi untuk mengesahkannya lagi. Doa2kan saya ye.
    Dan kalau ikutkan jugak, mmg this week 5W++ sudah. Dan appointment dengan doktor adalah dalam 2 minggu lagi. =')
    Awak dah scan ke? ada nampak apa2 tak?? UPT +ve tu samar2 tak?

    ReplyDelete
  10. mcm evaporation line jer

    ReplyDelete
  11. ita, sy belum scan.. appointment dgn doctor isnin minggu depan.. UPT sy sgt clear, sy buat 2 kali di 2 klinik yg berlainan.. masa first time buat test tu, sy outstation di terengganu.. breast sgt sakit, jadi sy terus mintak doktor buat test.. amazingly, doktor bgtau mmg sy pregnant sbb line tu timbul sgt cepat & sgt clear.. lps sy balik KL, sy nk sahkan pregnancy sy kat klinik yg dekat dgn uma utk dptkan GL (guna insurans company), yg kali kedua tu pun, clear.. selalunya klu 4-5weeks, UPT mmg clear, tp kdg2 sbb period x teratur, pengiraan kita salah.. wallahua'lam.. :)

    btw, sy safeeya..

    ReplyDelete
  12. Ye safeeya. Memang betul.
    Saya sendiri pun blm official lagi kan?
    InsyaAllah saya katakan dan takdir tu Allah SWT yg tentukan.. Alhamdulillah & tahniah sebab awak dah pregnant skrg. Sebab menurut doktor masih awal lagi untuk scan, buat UPT & blood test.
    Saya dah request kot kat doktor tu untuk buat semua tu, tapi, dia sendiri yg tak mahu lakukan atas alasan sangat awal. Memandangkan period saya tak regular. So, depend on rezeki. =')
    InsyaALLAH..

    Dan cik anonymous yg lagi 1 di atas yg mengatakan " mcm evaporation line jer "..
    Garisan seakan2 penyejatan kan? Saya sendiri kurang pasti sebenarnya maksud awak sebab saya bukan doktor atau pro macam awak. Jika saya salah, tegurlah saya. ok? =')

    ReplyDelete
  13. tak pe ita, -ve tak bermaksud tak pregnant sbb kdg2 hormon tu blm cukup tinggi utk UPT tu detect.. patutnya doktor tu buat je blood test sbb setahu saya, blood test ni blh detect pregnancy seawal 1.4 hari, ape tah lg yg da seminggu atau 2 minggu.. tp takpe lah, kita tunggu minggu depan, awak buat test lg k? sy pulak yg berdebar-debar.. sy doakan result +ve.. aminn!! sbb sy mmg suka dgr berita org pregnant ni w/pun org yg sy tak penah jumpa.. ^__^

    safeeya

    ReplyDelete
  14. Terima kasih safeeya. =')
    InsyaAllah.. Doa2kan lah kami suami dan isteri ea.
    Safeeya pulak, jaga diri dan kandungan baik2.

    Nak tak nak kena tunggu jugak kan.
    Dan mengikut Pregnancy Monitor dalam FF, dia pun suh buat UPT tu pada 23 Oktober 2011. Harini baru 13hb. Ada lagi 10 hari lg.. iskh22..
    =)

    ReplyDelete
  15. owh... patut la tak berapa jelas line tu.. hormon da ada, tp tak cukup tinggi.. sy akan doakan ita & suami dikurniakan rezeki cahaya mata bln ni.. kena tunggu jugak la nampaknya walaupun penantian tu 1 penyiksaan disebabkan salah tengok tarikh.. hehe..

    safeeya

    ReplyDelete