Sensitif.

Assalammualaikum wbt,

Hai semua silent reader ku..
Sepanjang period saya kali ini, saya berjiwa amatlah sensitif. Pantang mendengar atau melihat sesuatu yang boleh membuatkan jiwa saya tersentuh. Mula la mengalir air mata. Selalunya boleh ditahan sebak, tapi mungkin hormon saya kali ni melampau mengada-ngada bila tanda2 hamil hampir 2 minggu yang saya rasakan sebelum ini hasilnya menghampakan. Mungkinlah kan.. =')

Dan dikala waktu sensitif saya, saya akan mencari kata-kata yang terbaik(en google) dan re-do semula. Saya menggunakan ayat yang sedia ada dan membuatnya yang baru. Maknanya sepanjang pembuatan quotes ni, bolehlah saya melupakan seketika kesedihan tu kan.

Dan kata-kata untuk hari ini adalah.......



Selalunya permulaan itu pahit dan akan menjadi sangat manis di penghujungnya. Seperti buah durian. Kulitnya bila digigit, sedap tak? Tak sedapkan? Dan selepas dibuka baru kita dapat merasa kemanisan isinya. Seperti usaha kita membuka buah durian, seperti itu juga usaha kita untuk segala-galanya dalam kehidupan.. Jangan berputus asa untuk mendapatkan hasilnya yang terbaik..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah SWT hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati... Pasti ada pelangi yang menanti...


zrahos (^,^)y

2 comments:

  1. sabar la ita...ape yg terjadi adalah kehendak Allah swt...kita merancang tuhan menentukan...buat masa nih,ita xpyh nak fikir ttg anggapan org lain pd ita...ape yg penting,jaga diri n kesihatan itu lagi penting....pandangan org xpenting klu setakat nak menyebakkan ati kite..janji suami ita ade sbg penguat semangat ita...plus,ita ade zura yg leh ita bwk sembng ok....chill up babe....

    ReplyDelete
  2. saya pun jiwa sensitif..
    sy follow.. n do follow me..
    TTCian blogger..
    http://sabar-itu-indah.blogspot.com

    ReplyDelete