Hasil Pemeriksaan Kehamilan.

Assalammualaikum wbt,

Semalam pada 22/3/2011 sy bersama suami ke pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan sy yg tiba-tiba mengeluarkan cecair keputihan yg berwarna kuning cair dan brownish sejak 21/3/2011. Diikutkan period sy dah lewat selama 24hari pada semalam dan hasil dari pemeriksaan scan di perut dan melalui bahagian kemaluan. Keputusannya adalah -ve pregnant. Perasaan hampa, sedih dan kecewa terpancar pd raut wajah suami sy dan sy hanya mampu berserah kepadaNya..

Sy keliru dengan badan sy sendiri kerana UPT sy lakukan telah berulangkali menunjukkan sy +ve pregnant. Dan semasa scan dilakukan, doktor juga mengambil kesempatan untuk scan telur2 saya dan kebanyakkan telur2 sy dah bersedia untuk disenyawakan.
Kuasa tuhan, sy masih belum period dan menunjukkan keadaan telur2 sy yg bersedia untuk disenyawakan. Banyak nasihat yang berkata untuk sy berusaha sekali lagi kerana keadaan telur2 sy waktu ini.

Dan sy sangat terharu atas semangat2 yg suami xputus2 mencuba utk kuatkan perasaan sy ketika ini. Termasuk kawan2 dari RH dan FB.
Terima kasih banyak2 atas usaha anda untuk memberi sy semangat kembali.
Dan mungkin juga simptom2 yg sy dapat sebelum ini adalah disebabkan cecair di otak dah set bahawa sy hamil tetapi realitinya tidak hamil.

Dan kerana ini, sy harus berusaha lebih kuat lagi dan harus selalu berfikiran +ve. (mmg sy slalu berfikiran +ve) =)

Sekian, bila dah baca, doakan sama2 kesejahteraan kami suami isteri dan soon, baby dalam kandungan, Insya-ALLAH.

Terima kasih.

zrahos (^,^)y
zrahos (^,^)y

6 comments:

  1. sabarlah byk2 yer.. insyaallah ada rezeki utk kita..

    ReplyDelete
  2. tak guna dikenang barang yang lepas..
    gud..gud.. lepas ni buat baby lagi tau.. hehe

    ReplyDelete
  3. sabar ea..insyaAllah ada rezeki nnt..Tuhan lebih tahu bila masa paling sesuai utk kita..

    ReplyDelete
  4. sabar la yer.. ada rezeki untuk kita tu nanti

    ReplyDelete
  5. heee.. terima kasih shafiha..

    Insya'ALLAH..
    =)

    ReplyDelete